Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long lost entry! Assalammualaikum all friends ❤️
Ayam sekor belah 12.
Blender Halia, serai, Bawang besar, Bawang kecik, Lada padi, belacan, buah keras or kacang badam (tadi I guna badam) kunyit hidup ... Sedikit jintan ketumbar ... Sikit jer.
Hirisan daun limau, perahan air limau juga (I used limau kasturi).
Tumis bahan sampai wangi masak... Ayam I lumur sedikit garam and kunyit I grilled (Ayam bakar).
Bila tumisan dan cantik baru masukan santan pekat and masak lagi, then masukan Ayam bakar and masak sampai keluar minyak and pekat ...
Hihi leceh sikit but sedap.... InsyaAllah