Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Masa baru-baru mak teringin sangat nak buat roti.. Mak uli punya uli sampai semput, tapi Roti Mak keras cam batu! Bila tanya kakak-kakak ca...
Tuesday, March 29, 2011
Oh Tedahhhh....
Mak kalau dah mula kerja berginilah mak main bantai nasi goreng jerr...dah somi kita tak suka makan kat luar kasihankan... Maaflah nak blogwalking pun tak sempat lagi....penat menguruskan rumah tangga mentelah setiap hari rabu dan khamis memang ada kelas agama di rumah mak nih kami panggil ustaz beramai-ramai mengaji dan belajar agama serta perhalusi sholat dengan bacaan yang betul...
Dunia, dunia juga akhirat kenelah di buat juga...semoga segala usaha kami di berkati amin....hidup nih tak kekal lama...kalau esok di ambil kita tak bleh nak buat apa kan... so jangan amalkan buruk-sangka dan juga berhasad dengki berhaluba ...
Mak tak larat nak update blog seketika nih...nak kumpul tenaga dalaman dulu...gambar masakan memang many-many tapi nantilah ya...kebanyakan masakan ulangan sahaja...ingat kalau buat cake atau kueh muih baru mak update kalau masak hari2 nak update boleh pengsan mak...hahahahahhahahaha
Selamat sejahtera buat sahabat sekalian...semoga di limpahi rezeki dna kehidupan yang sehat dan makmur...amin...
Saturday, March 26, 2011
Portugese Egg tart
![]() |
| mula-mula bikin suka lah picit-picitan dalam acuan tu... then ter~overlook plak ada american idol... tersasar suhu panas sangat...hahahaahahhahahahah tapi garing budak2 ngap! |
![]() |
| 2nd batch dah tersangat penat dan malas potong2 pastry dan jeplok kat dalam acuan hahahaha |
![]() |
| saya memang mengunakan jenama ini sungguh best dan sgt garing! |
Kali ini saya sajikan Tart Portugese lagi... anak-anak dan suami saya kalau saya buat tart nih kene lebih2 kerana mereka memang suka...
mudah jerr kejam mata pun boleh!...
Ingredients
4 egg yolks,
1/3 cup sugar caster or icing sugar,
1/3 cup milk,
1 small can nestle cream
vanilla essence...
Whisked the ingredient sekejap jerr... then letak pastry dalam acuan tuangkan adunan 3/4 bake at 175ÂșC for 15-20 minutes jerr...selesai
Sunday, March 20, 2011
Lauk ini pojaan hati ku...
Kadangkala pikiran nak masak apa kan kannn....tetiba anak kata nak makan lauk ikan pari asam pedas... selamat. Then babah kata nak makan sambal goreng simple tahu tempe...hah senang baitu...
Masakan ulangan tapi sambal goreng tempe gan tahu tu resipi asal dari Mem Luyah sahabat Mak di padang pasiaq!
Iktibar dari kejadian yang menimpa Japan
Biasalah berjalan di coti sekolah nih mestilah juga ada jalannya... tak jalan tidaklah sahkan. Tapi berita mengenai Japan tsunami itu adalah peristiwa hitam pembuka tahun 2011. Insaf teramat apabila melihat keadaan Jepun melalui berita, suratkhabar dan juga melalui media internet serta luar negara.
Kasihan melihat musibah yang menimpa mereka. Terputusnya bekalan letrik serta bekalan air minum. Kita di sini berhoyeh-hoyeh kerana air yang banyak melimpah-ruah. Abundance of food...Mak nasihatkan anak-anak makan tu biarlah berpada kawal diri, ingat masyarakat Jepun yang mengalami musibah.
Kelak jika sesuatu menimpa tidaklah badan kita tu terkejut sangatkan jika tiada makanan... sesal dulu berpendapatan sesal kemudian tiada gunanya... lihat lah bagaimana coolnya msayarakat jepun menghadapai musibah dengan tenang sekali...kerana cara hidup mereka yang penoh dengan kesederhaaan.
Salah seorang kakak ipar saya pun berbangsa Jepun, orang nya lembut berbahasa dan juga tidak pernah membazir apa jua walaupun datang dari keluarga yang mewah. Orang kita tak mewah pun baut-buat mewah ... ramai yang suka men~slide card pelestik untuk menunjuk kemewahan pada orang lain. Apa kah perlu kita berbegitu sepanjang hayat kita? Hidup di bebani hutang sepajang hayat.
100 ways to save the environment ~ bacalah nih mesti best!
Mak coba terapkan bukan semua tapi berperingkat untuk mengajar anak-anak erti kehidupan susah. Tak dapat banyak sedikit pun jadilah. Abang dan adek pun Mak selalu kene ingatkan. Yelah hidup haruslah berpesan-pesan. Jika dulu kita tidur ber~aircon berblanket sedap menikmati nyaman berletric tanpa mengingati orang yang dalam kesusahan, ada yang kehilangan rumah, harta bende dan lebih dahsyat telah hilang keluarga serta tempat bergantung. Dari itu, dah berapa tahun ini Mak hentikan pengunaan aircon. Cuaca sekarang pun cuaca yang baik, bersepoi bahasa with kipas sudah memadai.
Rumah kami mempunyai banyak bilik. Kami tidak mengunakan semua bukan...? So lampu dan letrik seringlah di jaga. Only use electric appliances when you need them. Bila mandi tak payahlah pakai air panas. Masa kami kecil pun kadangkala di rumah arwah nenek ada tempayan dan perigi airnya sejuk dan menyegarkan. Cuaca kita dahlah humid nak pakai air panas? SubhanaAllah... tak payahlah buang karen jerr... coba-cobalah hilangkan manjer tu mandi air sejuk pula. WINK*
Air panas bisa memudaratkan kesihatan... nanti susah nak kuwus! Tak caya tanya lah saya... hahahahhaha gurau jerr...
There are proven benefits of cold showers and I totally agree because I am a great fan of cold showers and alhamdullillah my hair masih hitam insyaAllah even though I'm almost mid 40s soon... read this and artofmanliness... these info really good for man and woman... bacalah ada lelaki dan wanita baru berusia awal 40an dah loheh semacam... please para isteri help each other please jangan degil please! Jangan fikir mekap boleh MEMANCAR keserian wajah...
Sekian dah penat mak berletiaq... MARI KITA PERANGI PEMBAZIRAN!
Jikalau pown you love each other sooooo much buatlah sesuatu sebelom terlambat... love sahaja tidak mencukupi... indirectly you are killing each other with your superseded actions you called LOVE!
Saturday, March 19, 2011
Ayam Goreng Jintan Ketumbar
Semenjak Mak tukar obat semput Mak nih ke pedrisolone...alhamdullillah Mak cergas semacam maklumlah orang asthma seperti Mak nih banyak alahannya seperti pertukaran cuaca, alergic to habuk, permakanan dan juga Mak mempunyai metabolism yang cukup tinggi... mak kuat makan dan Mak kuat membuang. My son selalu komplen kerana 5 -10 minutes after meal mak dah kelam kabut uwahahahahahahahaha...
"Umie you wasted all the good food, so fast you depleted all"...uwahahahahahhaha....tapi alhamdullillah Mak sehat jerr... cuma kurang oxygen jerr selalu kerana alergic to dust dan tak tahan sejuk!
Oklah bercerita pulak hahahha mari kita makan ayam goreng...lama Mak tak goreng ayam sebab anak-anak mak nih tak bape suka Ayam Goreng... tapi yang ini mereka suka sgt...
Ini resipi asal my kakak ipar. Masa kenduri tahlil ituhari dia kasi resipi ini. Ayam ini di makan masa panas sedap sekali...
Resipinya
6 keping kepak ayam di belah dua
1-2 biji telur
3 sudu tepung beras
1 sudu kecil jintan dan ketumbar yang telah di tumbuk halus
1 sudu besar curry powder
daun kari ikut sukahati
garam dan pepper secukup rasa
Semua bahan ini di gaul dan di perap di dalam esbok selama 30 minutes atau lebih barulah di goreng di atas api yang sederhana...
Trick saya apabila menghendaki ayam yang lebih empok, juicier dan cepat masak tanpa menunggu lama apabila mengoreng sehingga adakala boleh mengakibatkan hampir hangus adalah saya selalu merebus ayam saya dahulu, barulah saya perap bersama rencah dan bahan perapan...
Selamat Mencoba Pastinya Syiok!
Subscribe to:
Posts (Atom)








