Wok The Talk...

Tuesday, January 18, 2011

Lemak Sayur


Babah off day, so Mak masaklah lauk kampung...budak-budak balik lambat so...lauk nih kami makan gan ikan goreng sambal belacan fuyoooooo...terangkat beb!

Bahannya tempe, tahu taugeh, santan, lada padi dan belacan dan bawang besar blender sikit jerr..tak pedas lauk nih cukup rasa garam, kunyit dan santan...masukan ajer takde tumis-tumis cuma goreng membar tempe dan tahu jerr...

Lauk orang tua seperti kami...hahahahahahha maklumlah dah masuk alam 40sen nih tualah kan...

Babah pesan biarkan sajer mediocrist tu nak bermaharajalela...tak luak pun...ehe betul juga...

Nasi Goreng belacan lagi...hihihihi


Nasi goreng nih mudahlah sangat...ada lebihan sambal belacan dan nasi sejuk...hah boleh goreng nasi ini dengan sebiji telur garam secukup rasa..tapi sebenarnya bukan nasi goreng yang menjadi topik kali ini tapi ikan kering cencaru yang lazat itu menjadi kan nasi goreng bertambah power! Sahabat baik saya yang beri saya cencaru kering itu...terimakaseh sahabat....

Bila orang Berbudi kita Berbahasa...Bila orang Memberi kita Merasa...

Itulah pepatah melayu yang harus kita ingat...agar menjadi sempadan hidup kita...jangan asyik nak menempelak orang dan bercakap pasal orang lain jerr...kalau takde cermin hikmat...sila tengok kat link ini...biar nampak jelas...

Hidup ini perlu makan tapi janganlah sampai timbul pembaziran dan bermegah-megah...saya memang tak suka nak nasihatkan orang-orang nih...kalau nak terasa bagai hanya kerana saya tulis tentang kehidupan saya...kamu boleh belah otaklahkan...tak kisahlah otak udang ke...otak-otak ke...kalau ada otak...

Ngomelan saya mulai dengan bismillahirahmannirahim....

Berpegang pada matlamat hidup tanpa perlu berhutang!... alhamdullillah kita syukuri nikmat yang Allah berikan....it's all about living within your means ... we forgo our credit cards... ditto....buat apa kan? Sekarang apa pun kita nak beli bayar cash jerr...ada duit beli takde duit dok dendiam...

Lagi satu keluarga saya memang tidak mengamalkan hadiah-hadiah bagai...alhamdullillah saya dan suami satu kepala...tapi adakala hubby break the rules juga belikan I itu ini...but I stop him from doing so...that's not the way I was brought up and I strongly believe in bringing up children, spend on them half as much money and twice as much time...

Children must learn that there's no easy way to get what they want, Children need to learn the value of a dollar.,,its not about being meek or miser...RUBBISH! Crazy Silly thought...it's about living the way of Islam wants us to be....kami memang tak mengajar anak-anak kemewahan...jauh sekali nak berlagak dan menghina orang sesuka hati...

Hah kan saya membebel lagi hahahahahhahahahha selagi orang yang benci saya tu dok ngitip, ngendap dan skodeng saya lepas tu citer bebukan kat blog dia...selagi tu lah saya kasi OBAT penawar hati yang BURUK perangai camtu! Yakni Obat Penyuluh hati....nak sangat kan hamiklah kalau tak boleh jugak nak suluh hati tu....beli torchlight gedabaklah kan...hihihihihihi

Assalammualaikum semua...and Good Mowning WORLD!

Monday, January 17, 2011

Grilled Butter Fish Fillet


Dua hari anak-anak Mak nak makan nih jerr...'Umie Power!' kata Dak Aqim...Sampai babah dia beli lagi ikan pangasius fillet nih sampai dua packet besar...melampau pulak babah dia nih...yelah babah pun suka sgt ...hahahahahhahaha syukurlah

Recipe
pangasius fish fillet
butter or margarine
chopped garlics
a dash of paprika
a dash of pepper
a dash of tumeric powder
a dash of salt
Lemon juices

Marinate fish will all the above. Keep cool in the fridge for 30 minutes before grilling... Done! So simple right? Please preheat your Griller for about few minutes and set to medium heat. Add butter or margarine to the griller and quickly lay your fillet for grilling.

Simple Beef Kheema


Kheema nih tersangat simple...memang simple benar. Kalau yang dah pro masak tu memang ini kira chicken feetlah kan. Saya tidak meletak kacang peas sebab anak-anak dan somi tak suka kacang peas tu...so the PEACE lah kan...hahahaha

Masakan simple ini khas untuk adek-adek yang sering bertandang ke blog saya ini...

Bahan-bahannya
300g daging cincang
(dlm masakan ini saya mengunakan australian beef tapi apa2 pun boleh jerr)
1/2 inch hirisan halus ginger
4 ulas bawang putih di hiris
1 bawang besar di hiris
sebatang lada di hiris
3 sudu besar rempah kari daging
1 cube knorr perisa ayam

Tumis bawang dah halia sehingga cantik masukan rempah kari yang telah di larut bersama air tumis sehingga garing dan wangi. Masukan daging tadi dan sedikit air kacau rata. Suami saya tidak suka berkuah sangat so agak kering saya unya kheema dah....hihihi lastly masukan lah lada merah hirisan tadi...optional jer tu...

Sunday, January 16, 2011

Diet Fads

What is a Crash Diet?...
Acccording to Wikipedia
crash diet is a diet which is extreme in its nutritional deprivations, typically severely restricting calorie intake. It is meant to achieve rapid weight loss and may differ from outright starvation only slightly. It is not meant to last for long periods of time, at most a few weeks. Importantly, the term specifically implies a lack of concern for proper nutrition. Contrary to the belief of many who start this diet, this form of dieting is neither healthy nor successful in achieving weight loss as it provokes a slow down of the body's metabolic rate - after the initial period the body stores more energy in the form of fat. While some weight may be lost, this weight is usually gained back very quickly in the weeks that follow this diet. On the other hand, the weight can stay off if one exercises and maintains a proper diet afterwards, and watches his/her calorie intake after stopping the diet.

Some even end up Hospitalised from this weight loss myth...Is it worth it?


The Cabbage Soup Diet: Report
Basically a very low calorie diet; the Cabbage Soup Diet works, temporarily, by cutting daily calories to near-starvation levels   read more
Maple Syrup Diet
This month, the papers have been full of reports about a new diet made famous by pop star Beyonce Knowles.
The ex-Destiny’s Child singer spilled the beans on how she slimmed down and lost 1½ stone in just two weeks for her new movie, Dreamgirls, due for release next January. Beyonce’s diet apparently consisted of eating nothing for a fortnight, instead surviving on detox drinks consisting of a syrup mixed with lemon juice, water and cayenne pepper! ...read more


Kesimpulannya
Adoiiilah...kasihan badan dan wahai nyawa janganlah di seksa begitu rupa kita boleh diet yang sehat dan lebih kurang halal jerlah takyah nak ikut Beyonce dia joget goyang pinggul atas pentas sandiwara donia ...kita nak goyang pinggul dimana ya?...heheheheheh
Btw Cabbage soup tu makan dengan nasi panas dan ikan goreng dan sambal belacan sangatlah best! Boleh diet juga kan kan... 

Akan tetapi saya suka juga diet ala Maple syrup diet tu...kerana saya pun suka minum Madu dengan perahan limau tak kira lah limau kasturi ke lemonde ke? Rasanya sedap jika suam-suam panas di minum setiap malam sebelom tido esok pagi pasti pembuangan hakiki! Tak caya cobalah...jangan lupa selawat tau!

Dan Rasulullaah SAW, bersabda

"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua obat penyembuh yaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Dan janganlah tidur selepas subuh dan asar...bahaya boleh memudaratkan kesehatan juga. Saya cuma kongsi pengetahuan jangan pula ada yang marah-marah ini adalah kenyataan sebenar dalam islam nih...tak tipu..kebetulan saya nih pula pengemar khitab Ibnu Qayim yang tegar...kita sama-samalah ya...
Ibn Qaiyim menambah:
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."
Dan setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.
Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'

(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Dan dalam hadith: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها' (Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].

Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb.

HAH apalagi mari kita berdiet mengikut ajaran islam yang di ajarkan kepada kita....amin semoga kita semua perolehi kebaikan dari segalanya...

Sebenarnya saya pun nak diet nih...
tapi kalau saya diet keluarga saya pun kene diet...
Ermmmm tapi mereka telah bersetuju Yahoooo!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...