Wok The Talk...
-
So far alhamdullilah tidaklah pening ke apa?...Cuma tidaklah masak selalu kekadang jerr bila anak-anak minta dua bulan sekali oklahkan. Kal...
-
Masakan ulangan... Grilled Fish lagi budak-budak begitu kalau dah sedap minta lagi. Ibu nih pun buatlah lagi...sampai lah deorang tu dah...
Saturday, November 6, 2010
Ayam Kurma tanpa santan
Seperti biasa suami saya pun tidak bebrapa suka lauk ayam bersantan melainkan lemak cili padi. Ini adalah style Ibu Mertuaku. Arwah my MIL kalau masak tidak pernah lepas dengan halianya, lengkuasnya, serainya cukup dan lengkap sekali. Jangan lupa kerisiknya! Kerisik satu sudu ke dua sudu pun orait jerr...
So saya blender semua bahan tersebut termasuk 5 ulas bawang kecil dan 3 bawang putih . Tumis segalanya dan masuk rempah kurma dua sudu (yang telah di campurkan dengan air), kayu manis, bunga cengkih dan lawang.
Setelah wangi masukan lah Ayam. Ayam sekarang masak cukup cepat tak yah tunggu lama. So saya masukan air secukupnya sahaja. Masak sehingga kuahnya agak kering.
Hah begitulah sahaja amin, masukanlah cucu nenek tomato dan daun sop dan bawang goreng untuk mencantikan Kuah kurma anda...kali ini saya terlupa nak letak kentang selalu ada kentangan.
Sekian...
Labels:
dishes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment