Wok The Talk...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
-
Ini satay goreng lagi. Yang ini santai sahaja Mak Peah gunakan bawang merah, bawang putih, halia serai dan kunyit sedikit blender gaul sama...
Wednesday, February 2, 2011
Ikan Sembilang Lemak Cili Api
Hah saya kalau tengok ada ikan sembilang nih saya suka. Sebab saya suka sangat isinya lembut. So, saya beli sekor jerr...heheheheh tu pun kecik jerr... masak pun sekali jer kan.
Kalau tengok ikan nih otak berligar masak cili padi lah yang paling best. Mula-mula ingat anak-anak tak reti makan..bila dah masak subhanAllah semuanya suka rupanya...bolehlah Umie beli lagi bila ada. Kat pasar pun bukan selalu ada ikan sembilang nih. Ikan pelik-pelik memang jarang jumpa asyik-asyik ikan bawal, ikan tongkol ikan selar besar...memang membosankan..
Cara memasaknya mudah jerr
4 biji lada merah
5 biji lada padi
sudu kecil belacan (belacan penang kaw kaw)
setengah biji limau kasturi (buang bijinya)
optional jika tidak suka limau kasturi asam keping pun ok...tapi saya lebih suka limau kasturi
semua bahan di atas saya kisar halus
bahan melontar
beberapa biji tomato ceri
4 biji lada padi
1/2 sudu kecil kunyit serbuk
serai di titik
halia hiris
santan 2 sudu besar
Tumis bahan kisar tadi dengan sehingga cantik masukan halia dan serai yang di titik tadi. apabila mendidih masukan ikan setelah ikan masak baru saya masukan santan 2 sudu besar. Masakan kali ini saya tidak mengunakan bawang pun kerana ntah takde mood nak letak bawang...hehehehehehhe tulah saya...ikut suka hati jerr ...
Alhamdullillah budak-budak suka walaupun pedas dan bapaknya mentelah lagi....habis dah santapan lunch bersama ayam goreng. Semangkuk kuah di atas itu cukup buat kami anak beranak. Dinner nanti masak lain pula...biarlah Mak rehat cari idea baru pula untuk masak apa malam nanti...idea untuk esok dah ada...hehehehehhe
Labels:
Lauk-Pauk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alaaaaaa... dia dah siap masak la. Nak pegi makan rumah momi laaa.... nak bawak tapawer kosong sekali. Hiks.
ReplyDeleteJom mai bawak Zara sekali tau...kalau tak bawak Zara takleh masuk...tu adalah wajib hahahahahhahaha
ReplyDeletenampak sangat sedap! nak blajar masak ni.. harap2 berjaya! hehe
ReplyDeleteJom Dory!
ReplyDelete