Wok The Talk...

Saturday, May 21, 2011

Non Bake Oreo Cheesecake...


Sungguh pantas masa berlalu, usia pun telah bertambah lagi. Saya sangat berbesar hati kerana tahun ini sebagai permulaan dapatlah saya membuat kek sendiri...Yabedabeduuuuuuu!

Satu achievement yang sungguh memberansangkan buat diri saya. Mentelah tahun ini juga hadiah paling berharga adalah apabila sang suami menjemput ustaz kerumah untuk kami anak-beranak memperhalusi bacaan Al quran serta perbaiki beribadah bersama...

Dah berumur begini ingin merasakan kasih sayang dari yang Maha Esa bermanjer-manjer dan mengadu-ngadu kepadaNYA yang senantiada mencurahkan kesehatan yang tiada tandingnya buat kami sekeluarga serta di murahkan rezeki kami .... ALHAMDULLILLAH mohon di panjatkan segala himpunan Doa untuk kesejahteraan abadi...AMIN...

Resipi di atas telah saya ambil dari GeeAzmi.blogspot.com sahabat saya yang sangat bermurah hati serta telah menjadi karib sejak zaman berzaman... Gee sayang, kgee malas nak taip kgee copy paste dari blog gee ya...hehehehhehe she loves crafting juga cam mak nih hah...kami selalu sahaja bertukar2 idea...


Dan perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Kalaupun ia tidak memberikan minyak wanginya, setidaknya kita mendapatkan aromanya yang semerbak. Sementara perumpamaan teman yang jahat, tak ubahnya pandai besi. Kalaupun kita tidak terkana asap hitamnya, setidaknya kita akan mencium bau busuk dari tungkunya.


Tapi kerana keluarga mak tak ramai so mak buat adunan half sahaja gan cream oreo tengah yang flavour purple tu juga mak masukan sama so tu pasal cheesecake mak nih nampak cam kaler pepel...hehehe VERDICT sedap giler wa cakap sama lu...hawuslah di coba!

Bahan:

500g cream cheese

1-2 packet of oreo biscuit (buang cream tengah) ~ mak derhaka bab nih semua campur...hihihihi
5 tablespoons of condensed milk ~ mak terlupa yang ini
5 tablespoons of fresh milk or evaporated milk atau apa2 susu cair ~ mak gunakan plain yogurt instead
3 teaspoons of gelatine disolved in ¼ cup of luke warm water
1 ½ cup of soft brown sugar
pinch of salt
50g melted butter

Kaedah:
Untuk base, gaulkan separuh paket biskut oreo yang dicincang/kisar dengan butter cair & tempek di dasar loyang. Pukul cream cheese dengan gula perang, masukkan susu pekat manis (condensed milk), susu segar dan garam halus. Kemudian masukka larutan gelatine & pukul lagi sehingga rata. Pecahkan biskut oreo kasar2 & gaulkan dalam adunan cheese. tuang adunan ke dalam loyang & hiaskan dengan biskut oreo selebihnya mengikut creativity. Sejukkan dal peti ais 3-5 jam atau lebih. Bila cake telah membeku, bolehlah dikeluarkan dari loyang & dihidangkan...

Selamat mencoba gerenti tak nyesal punya... thumbs up!




2 comments:

  1. itu cara lupa letak condensed milk pun dh sedap gile kan..kalau letak...lagi laaa sedap dabel giler ka? hehehe...
    mak peah..nk tnya...yg atas kek deco2 tuh apo dia

    ReplyDelete
  2. Mak Qis yang kat ateh tu Dried Cranberries yang sedap...hubby I beli suka beno dried fruits dia tu...heheheh lupa nak taruk apa mende ala tu...

    Mak Qis tanpa condense milk pun dah manis amat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...