200gm Udang di belah belakangnya lalu di gaul dengan tepung Haruma (KFC) dan di goreng mengunakan minyak yang agak panas. Jangan goreng terlalu lama, once warna udang bertukar merah cepat angkat dan tos.
Jika inginkan Udang yang garing setelah di gaul dengan tepung di perapkan di dalam fridge terlebih dahulu selamat 30 minutes kemudian baru lah di goreng.
Ramuan lainnya
2-3 ulas bawang putih di cincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar majerin atau butter
4 sudu besar quaker oats
1 sudu kecil gula halus
Garam secukup rasa dan lada sula
Daun sop dan daun bawang di hiris halus
Cara membuatnya.
Pemberitahuan: Api jangan lah terlalu besar boleh mengakibatkan kehangusan.
Bila kuali dah agak panas masukan majerin dan bawang putih yang di cincang tumis sehingga bau harum. Masukan sos tiram kacau rata dan masukan udang tadi serta masukan quaker oats dan gaul rata dengan api yang kecil sahaja. Jangan terlalu lama cepat masukan garam lada sula daun sop dan bawang gaul lagi. Angkat selepas tu baru lah campurkan dengan gula halus tadi dan balik-balikkanlah dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment