Wok The Talk...

Saturday, July 17, 2010

Ayam Masak Merah ala KualiBuruk


Lain orang lain cara dan recipenya. Sebenarnya saya sangat suka masakan yang ringkas kerana jikalau rumit saya jadi kacau-bilau. Hehehehehe.

Seperti yang telah sedia maklum saya tidak pandai masak makanan dalam sukatan yang banyak. So saya masak pun kira macam sukahati sayalah. Asal Boleh. Tapi keluarga saya sangat suka lauk ini. Jika anda nak mencoba sungguh besar hati saya.

Bahan-bahannya
4 kepak ayam di belah dua
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang sederhana besar
6 tangkai lada kering di rendam dahulu
1/2 inchi kunyit hidup
Sedikit belacan
(Bahan-bahan di atas ini di kisar halus)
Sebatang serai di titik
Susu carnation ikut sukahati banyaknya
2 sudu besar sos tomato
Segelas air
Garam secukup rasa

Tumis bahan-bahan di atas sehingga wangi dan berbau enak. Masukan segelas air dan kacau rata mendidih masukan kepak ayam tadi. Apabila mendidih masukkan serai dan juga susu di masak sehingga pekat dan naik minyaknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...