Wok The Talk...

Sunday, July 18, 2010

Ketok Ubi


Waktu saya kecil arwah mak saya selalu buat kueh ini. Sekarang saya tahu kenapa. Pertama ianya sungguh mudah dan keduanya zaman inflasi memang sesuai makan ketok ubi ini. Sungguh menjimatkan!

Kenapa di panggil ketok ubi...mungkin kerana nak buat kueh ini ada aksi ketok mengetok supaya ia benyek.

Bahan-bahannya
Sebatang Ubi sebesar lengan saya
Gula Merah, melaka atau brown sugar
Pewarna Hijau (boleh mengunakan sembarang warna kesukaan anda saya nak carik purple pulak)
Kelapa parut di kukus selepas itu di gaul dengan sedikit garam
Hiasan brown sugar di tabur kat atas kueh (takde pun takpelah)

Cara membuatnya terlalu mudah. Ubi di potong-potong kecil dan di rebus dengan sedikit garam. Bagaimana nak tahu ubi yang di rebus empok coba cucuk dengan garpu untuk test sudah masak ke blom. MUDAH!

Sesudah itu di toskan. Biarkan ianya sejuk barulah mula mengetok-getok kasi benyek berserta gula. Saya mengunakan brown sugar kerana tiada stok gula merah, jika ada gula merah tidak payah pakai pewarna. Ikut sukahati Andalah!

Simpan di dalam esbok anda selama yang mungkin. Jika sudah siap anda boleh di potong dan di sirami kelapa parut kukus tadi dan sedikit brown sugar. Ianya Sungguh ENAK!

*untuk mengambil gambar saya kepal-kepal menjadi bulat saya suka kueh yang bulat-bulat...hihihihihi

2 comments:

  1. Haaaa.. Mak Peah suka kuih yg bulat-bulat yer.
    Meh sini budak bulat nak tanya pulak..

    Ubi sebesar lengan Mak Peah tu ..skala kebesarannya macam mana ? Kalau lengan ida yang bulat ni.. lengan ida ni saiz ubi gajah la Mak Peah..camno tu ?

    ReplyDelete
  2. ahahahahah ida tapak tangan mak peah kecik jerr...tapi badan mak peah boleh tahan cam kartun mak Peah nih...LOL

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...