Wok The Talk...

Friday, December 31, 2010

Wonton Ayam


Selalunya Mak buat Wonton Udang...anak-anak mak lebih suka wonton udang. Kerana takde stock udang dalam esbok...makanya mak pakai chicken breast meat jerr...simple jer Maknya wonton.

Mak gunakan breast meat so senangn nak cincang pakai pisau besar jerr...

Resipinya
2 chicken fillet (breast meat)
sengkuang china di cincang (optinal)
lada sula lada hitam serbuk
garam
daun soup
sedikit cornstarch (optional)
Letak sesudu kecil isi kedalam kulit wonton, sapukan air di keliling kulit wonton itu dan ponjotkan sahaja..lalu goreng atu di buat soup...Mak buat keduanya sekali...so takdelah anak Mak nak gaduh-gaduh...memang mereka suka both pun...

Lilo Gebu lagi Mentel...


Ini adalah kucing kesayangan Mak...namanya lilo tapi janganlah terkejut kerana kuching mak nih bukan kuching tino...hihihihi kuching Jante! Awat nama Lilo...? Ajaib sungguh...ceritanya begini...Al Kisah orang bagi Mak kuching mato biru nih waktu kecil lagi...pandai kecik2 tak kencing bersepah dua hari tak pi toilet heran juga bila di belikan liter tray terus meluru berak kenching...aduhai terus Mak jatuh chenta...sehingga kini pun begitu..kuching nih pembersih habis...mmg tak berak dan membuang bersepah!
Minta perhatian
Mentel!
Masa anak daro den kocik dia yang panggil kawan tu lilo sebab minat sangat lah gan cerita lilo and sticht. Kucing mak nih manjer giler-giler kedemek! Mana Mak pergi dia ikut...bukan dia lapar pun dia ikut...Mak naik ke bilik di ekor...Mak turun gi dapur dia ikut...Mak pergi toilet pun dia masuk tengok muka Mak yang nak meneran...tak senang kita di buatnya...

Tapi kerana chenta kasih dan sayang yang teramat Mak tak pernah pukul malah pelok cium gomol-gomol jerr sampai Mak pun naik semput...
Di meja jahit Mak...mana mak duduk situlah dia gelimpangan dan sengaja nak sebok!
Kali nih Mak taklah nak boh resipi masakan kuching NAUZUBILLAH!... tatapilah gambar chenta hatiku ini...

Nak memberut...padan muka kita potik gambar! Har har har!

Wednesday, December 29, 2010

Ayam Masak Merah Berempah


Somiku nak makan ayam masak merah...dah blog kita nih sebut masakan santai maka kene lah pasang strategi. Nak Kata cukup bahan tidak. Lagipun Mak suka berexperimentasi bagai...ikut sedap rasa...

Masa Mak potong ayam tu anak dara mak sebok dukung kucing kesayangan Mak namanya Lilo. Sambil tu dia tengoklah Mak potong ayam. Sebenarnyakan Mak nih jarang potong ayam dan siang ikan. Apek apek kat pasar dan Abg encem penjual ayam kat tempat Mak nih punyalah baik hati...dengan automatik mereka pasti tulung Mak takik tu semua...

So tak tahulah babah nihkan...bila dia ke pasar mesti dia beli ayam sekor-sekor...aduhai...manalah kita kuat nak memotong dan mengunting ayam tu bang oiiii....dipendekan citer...sedang Mak menyiang ayam tu...anak dara mak nih tunjuk-tunjuklah ayam tu kat kucing kesayangan Mak yang bernama Nur Lilo Bin Muhamad nih lalu berkata..."look mommi's cutting your sedara"....terpekik Mak sekejap! Adek!!!!! hahahahha sampai hati adek ya...mencecet anak den lari dan menjerit 'Sorrry!....hahahahahahahha kejam sungguh anak dara den nih...tergolek-golek den ketawa tengok ayam terbontang cam citer Xmas Mr Bean tu...

Oklah resepinya adalah
setengah ekor ayam sederhana besar di potong kecil
1 sudu rempah kari
1 sudu rempah kurma
1 sudu lada serbuk
1 sudu lada kisar
2 sudu tomato sos lingam
5-6 cili padi
hirisan halia
hirisan bawang dan garlics
kayu manis dan cengkih
titik serai
beberapa biji tomato buah dan daun sop
1 stock chicken knorr
3 sudu besar santan Kara

Gaulkan segala rempah kering, lada kisar dan sosl ingam di dalam mangkuk berisi air...kacau sehingga menjadi paste. Tumis bawang, garlics dan titikan serai...setelah itu masukan kayu manis dan cengkih sedikit sahaja tumis sehingga wangi dan masukan paste tadi dan tumis lagi sehingga naik minyak. Masukan air, cili padi dan tunggu sehingga mendidih dan masukan potongan ayam tadi setalah masak baru masukan santan sehingga mendidih tutup api baru masukan tomato dan daun sop tadi...

Verdict selepas makan nasi suami dan anak-anak saya ambil roti dan cecah kuahnya sehingga licin lalu tamat! Amin....

Monday, December 27, 2010

Mee Tiau Hongkong


Agaknyalah ya namanya begitu...saya kurang pasti...sbb anak saya nak makan mee tiau hongkong katanya...saya suruh babahnya beli dia takmoh dia nak Mak Peah masak juga...

So terpaksalah ke dapur juga di hujung minggu...tapi kerana Mak Peah mengamuk sekejap dengan budak-budak yang menyerak satu rumah....kuahnya dah terserap dek mee tiau tadi....hahahahha lenkali tunggu kalau nak marah kalau tak kering mee cam mee Mak Peah nih....hahahahha hanya kerana kelewatan teknikal lambat potik gambar!...hahahahahhahaha...pengsan takpelah pahamjerlah ya...

Bahannya
500g Mee Tiau
200g Udang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos black pepper (optional
6 garlic cincang
sedikit hirisan halia
2 sudu cornstarch di larut dengan air
1 stock chivken knorr
Sayur Sawi
Lada sula

Tumis bawang putih, halia dan udang sehingga masak...masukan sos, sayur dan cornstarch yg telah di larutkan dalam segelas air. Masukan stock chicken...last baru di masukan  mee taiu dan di gaul rata... peringatan makanlah masa panas dan cepat-cepat kangjadi cam Mak Peah terkering semua...LOL

Sunday, December 26, 2010

One Dish Meal


Memang nak cepat semlm...nak pergi kenduri doa selamat my abglong telah sehat dari operasi dharuratnya. Alhamdullillah somiku bertugas so ku masak ini dengan cepat dan tangkas sebelom kami bersurai majulah singapura...hihihi

Resipinya
Silken Tofu
Sliced Breast Chicken
Sawi
2 tbsp black pepper sauce
2 tbsp sos tiram
1 tbsp cornstarch
Sliced Chili
1 sliced onion
2 garlics chopped
sliced ginger

Saute onion, garlics, ginger and chicken together-gether then masukan all the sauce. Masukan Silken Tofu yang telah siap dipotong, last cornstarch campur air sedikit dan larutkan...salt and pepper jika suka....

Friday, December 24, 2010

Tom Yum Yum Melontar ala kualiburuk!

Saya tidak pandai masak tapi saya rajin memasak...
kalau pergi sekolah dan paham bahasa melayu mudah itu adalah dua perkara yang berbeza. 

Dari itu janganlah nak dengki-mendengki mengata saya tak habis-habis. Awak tak suka masak apa saya perduli, nak makan satu kedai? Dengan bangunan sekaligus nak tolan di persilakan... Nak tolan mamak-mamak kedai sekalipun...by all means...ada aku kisah!

Kalau tak suka blog saya tak yahlah nak sekodeng bagai...no shamelah kan, but in your heart mendidih angry like monster quest ate cookies...aiyoooo...tak cool arrr lah jauh sekali cun nak main dengki-dengki cam gini...cam bebudak tadika yang blom kenal ABC nak meloncat bagai...hihihi

Dun worrylah kat kita nih...kita memang lokek nak makan luar...Ewwwww....Huh?! macam tak pernah makan?...hailah no meaning lansung pada kita, perkara nih small matter jerr...sekalipun somi kita saudagar minyak unta sekaligose ala mongose...if I don't like don't like lah... apa yang hang dok susah hati mencengkam jiwa-resah malah memendam-mengurindam rasa nih? 


Ek Eleh .... esok lusa kalau dah rasa-rasa hampir bangkurap hah makan maggie and duduk dendiam ada orang tahu?!!!...Oooops.... 



Oklah sesekali nak kene juga sebiji duakan...kasi kaw kaw punya...asyik maki kita jerr mana ada jalan...haw haw haw....kita sikit pun tak maki orang jauh sekali nak menyumpah seranah datuk nenek orang...esok lusa sakit darah tinggi kencing berdarah masih nak dengki dan sakit hati kat orang?! hah sendiri lah jawab! Get a Gangrenelahkan! 

Busuk nah hati kamu ya jangan ingat kecil-kecil aku nih takut gan gergasi cam nko tu! Piraaah!

Oklah Mak nak kasi tahu arinih Mak masak Tom Yum Yum Melontar ala kualiburuk! Hamik Nko! Semua Mak lontar tiada mercy ala BOM! Haw he Haw he Haw!

Resipinya untuk kami tiga beranak jer nih...babahnya kerja mlm raya beginian... hehehehe

Bahan-bahannya 
250g Mee kuning
Sedikit hirisan halia
Sedikit hirisan lengkuas 
2 ulas hirisan bawang putih
1 ulas hirisan bawang besar
1 batang serai di titik
Sehelai daun limau di hiris
4 biji limau kasturi di perah airnya
1 sudu lada kisar yang telah di tumis cantik
1 sudu sos ikan 
Sayur sawi
chili padi sesuka rasa
Garam, gula secukup rasa
1 cube Ayam knorr

Seperti biasa saya tidak menumis saya rebus segala rempah ratus dan saya belilah Yong Tau Foo dah siap yang terdapat di semua pasar dan pasaraya lalu saya lebur bersama sedikit udang yang telah di kupas kulitnya...ikan bilis goreng tu anak saya punya kegemaran dia letak saya pun ngap lah juwe...sebenarnya satu mangkuk tu kami tiga beranak makan bersama...hihihihi...Alhamdullillah Amin

Jangan terkejut dengan ayat saya di atas saya tidak marah saya cuma bagi nasihat sahajerrr....tu pun kalau ada akal...kalau takde mmg geng malaonlah kan! Nak injit-injit gajah silakan biar kene pijak dan penyek terus...leper atleast tak payah nak minum jus organic kaler hulk hogan nak kuwus! Haw Haw Haw membazir duit jerr...buat kerja tak pekdah gitu! ....


Thursday, December 23, 2010

Roasted Chicken


Anak bujang Mak Peah nih kan Antu chicken...bila semalam Mak Peah roasted this whole chicken...he ate almost 3/4 of it...Phewww dahsyat Umie gan Babah serta adek terpaksa mengalah...He love it so much so that we enjoyed watching him walloped the whole chicken! LOL

Actually he's been asking for Turkey... but we can't afford to finish it all, let alone keep it in a fridge. It's too big in size and frankly I do not know how to cook it.

Recipe
Cutting whole chicken into halves
(for fast and easy to cook)
2 tbsp margarine
2 tbsp chili paste
1 teaspoon tumeric powder
2 tbsp black pepper sauce (singlong)
2 tbsp BBQ sauce
Salt and pepper to taste
Olive oil

Marinate chicken overnight in refrigerator. Bake at 175ºC for about 25-35 minutes. Keep applying olive oil and the sauce on chicken every 5 minutes.

You can easily make grilled potato and tomatoes with just margarine, salt and pepper will do...

Wednesday, December 22, 2010

Prawn Pasta with Steak


Semalam memang kelakar lah kan...lepas tengok wayang sampai rumah hampir magribh. Selepas magribh mula lah penyakit Ajaib menyerang hebat tak tahulah sakit apa dah hampir seminggu begini...penyakit yg sungguh pelik sejuk semcm, maka berbungkus badan bergebah dan kaki pakai stokin bagai...gigil-gigil sejuk terlelap sekejap...

Tetiba si bujang betul-betul kat muka Umie nih hah...Umie abg lapar...hahahahahahhahahahahahahha dah makan nasi ayam kat banquet dua pinggan pun lapar lagi?! Tu at 6 abg makan Umie! Long time ago... hahahha Yelah yelah....Umie bingkas bangun...tengok jam ayoyo! dah 11 setengah dah...mujur lah budak2 masih coti sekolah...

Thawed beef steak...and starts boiling Linguine...aksi hebat bermula...tiga stove di nyalakan serentak...


Bermulanya menggrilling beef steak. Mustard, chopped garlics and margarine so rattatattat!!! There goes my grizzling steak....

Hirisan lime lontar dalam, chop chop hirisan kentang lontar dalam kuali goreng membar dahulu sebelom melontar dalam griller...black pepper sauce lontar...BBQ sauce lontar...springkle steaks with salt and pepper...sekejap jerr dah masak...

Chopppachop garlics saute with olive oil masukan udang...Tossabout! Masukan pasta sauce lots of chopped onions and parsley! Viola Bon Apetit!!! 

ARIGOSAMA OH MELANTAK SAMA!


Kuih Talam Berlauk

Mak Peah suka kuih dahulu yang berkukus...enakkan rasanya untuk di makan waktu pagi atau minum petang. Kuih ini sedap dan mudah. Tidak memerlukan banyak bahan.

Sukatan Mak Peah hanya kecil sahaja kerana hanya kami anak beranak sahaja yang makan, so adjust lah accordingly ok...ada berbagai cara untuk membuat talamnya...ada orang suka talamnya lembek dan ada pula yang suka talamnya mengkal...Mak Peah suka kalau talamnya sedikit mengkal...so bila di ngap menginjal sedikit dan sedap di kunyah...

Resipinya
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
2 sudu tepung cornstarch (jika ingin yang lembek tiadakan bahan ini)
sedkit garam secukup rasa lemak-lemak kuih talam
Sedikit air

Bahan-bahan ini di aduk dan masukan dalam periok di jerang di atas api yang kecil. Keep on kacau sehingga ianya agak-agak memekat. Jangan terlalu pekat ya...nanti bergentel pula talam itu...Setelah ok masukan kedalam bekas untuk di kukus. Tekan tekan sedikit supaya serata, jangan lah tekan mengunakankan tangan tanpa beralas melecur kang...pakailah plastic dan tekan dengan jayanya...

Untuk resipi lauknya pula saya mengikut cara ibu saya. Yakni rendam segengam udang kering sehingga kembang sebelum tumbuk bersama 3 ulas bawang putih dan sebuk lada sula tanpa garam kerana udang kering dan masin.

Hiriskan lada merah dan daun sup lalu di sangar di api yang kecil bersama sedikit minyak sahaja...

Taburkan lauknya di atas talam yang akan di kukus...lalu kukuslah bersama-sama selama 20 minutes dan yakin masak jangan lupa taburkan bawang gorengan untuk menambah keenakan Talam berlauk ini...amin...

Monday, December 20, 2010

Ikan Becuk Pindang Pedas


Masakan pindang ala arwah mak...lama tak makan kuah pindang pedas nih tetiba teringin pula. Maklumlah badan tak berapa sehat bape hari nih, selera pun kurang...berangan nak makan pedas-pedaslah pulak...cikunun jerlah...kerek! LOL.

Mak Peah gi pasar apek ikan promote ikan becuk nih....seekor kecik mahal juga weii...4 dollars plus plus...dulu ikan nih mana laku...murah gila pulak tu...My MIL dulu suka bakar, nanti tulang tengahnya berwarna hijau...di khabarkan jika tulang ikan becuk nih tidak di buang dengan betul atau di biarkan ia akan menjadi lipan bara! Mejik arr...walluallam tak pernah pulak tengok kejadian seperti itu...

Oklah pindang ada berbagai pindang

Ini pindang apa pun Mak Peah tak pernah tanya maklumlah kami orang bugis ada pemakanan yang orang lain jarang makan tapi all edible still tak mudaratkan keanggotaan badan tiada yang akan terlerai...insyaAllah di jamin oleh?....hihihihi

Ingredients
Bahan A
seekor sedang Ikan becuk
2 inchi Kunyit hidup hiris
1 inchi halia hiris
1 inchi lengkuas di titik dan di lenyek kasi penyek betul2 tarak main2...hihihi
Bahan B
1 bawang besar
4 bawang putih
3 biji lada merah
1 biji serai
sedikit belacan
bahan B di atas di kisar halus
1 batang serai titik untuk tumisan
beberapa biji lada padi di lontar sahaja ke dlm periok
air asam secukup rasa bersama garam dan gula...ikut sukahati lah kan...lada sula

Optional tomatoes dan bendies...enak sungguh tau!

Semua hirisan, titikan dan kisaran di tumis wangi sehingga cantik dan masukan ikan dan air serta air asam...tanak sehingga masak.

Sunday, December 19, 2010

Scones



Pepagi tanya babah nak makan apa? Dia kata lama kita tak buat scones....hahkan senang cakap apa nak makan kan kan...hidup kita pun senang dan makmur tanpa pikiran...hihihi

so bermulalah mengadun tepung...untuk 10 cute scones sahaja

Ingredientnya
1 1/2 cup flour
1 1/2 tbsp baking powder
1/2 teaspoon
3 tbsp margarine
3/4 cup milk


*Optional 1 beaten egg (tapi saya prefer takde egg)

Saya malas nak pakai mixer, so saya adunkan semua bahan dengan senduk. Ianya agak lembek jangan gusar memang begitulah hendaknya... Apabila di bakar, sapukan butter di tin pembakar. Ambil satu biji telur dan sedikit susu di pukul cantik lalu sapukan di atas scones tadi agar bersinar indah!

Set oven at 175ºC bake at 10-12 minutes jerr....senangkan...YAHUUUUUU!!! dah mamam pun...:P

Jika anda pengemar Jem, Peanut butter dan sewaktu dengannya sapu sajerlah ya...di jamin oleh kementerian kesihatan!

Saturday, December 18, 2010

Prawn Pasta


Simple yet delicious. My kids just love it and finish it all off, they even help out in the kitchen. They chopped garlics and boiling linguine in salt water until tender.

Actually, my whole body aches so bad that I was lying almost entirely the whole day and wasn't in the mood to cook or eat anything. But thanks to the two Metots for helping out, I am really glad and happy.

Ingredients
200g linguine or spaghetti
200g Tiger prawns
4 garlic clove, crushed
1 tablespoon butter or margarine
1 teaspoon olive oil
1 tablespoon mayonnaise
squeeze lemon juice
parsley chopped
salt and pepper

Saute garlics and prawns with butter till it cook. When the linguine is just cooked, drain and toss through the prawns. Add all other ingredients and mixed well. Serve straightaway.

Garlic Seafood Noodles


Ada masa memang malas sgt makan nasi. Saya suka makan mee...saya nih pecinta carbohydrates! Roti kah? mee kah? nasi kah? Semua adalah makanan kemestian saya...Terus terang apa itu diet?...hihihihi

Saya makan apa sahaja yang ada. Teringin nak makan saya makan cuma moderatelahkan jangan keterlaluan. Saya cuma makan small serving tu jer sejak dulu kalau saya makan banyak siaplah saya takleh bangun kene tidur...hahahaha sebab berat!

Oklah mee garlic nih mudah jerr...saya chop..chop...chop many-many garlic. Saya memang suka after taste bila selepas makan garlics nih...syiok semcam gitu. Saya letak stock chicken, bubuh udang, sotong kalau ada... fish ball dan sayuran, pepper dan sebiji telur di gaul rata itu sahaja lain tarak...simple kan...with 500g mee kuning cukuplah buat kami 4 beranak...tu pun ada belen juga saya simpan sepinggan dalam esbok kalau malam laparo boleh ngap!

Thursday, December 16, 2010

Croissants


Susah payah tahun lepas saya belajar mengilling croissant nih...jika di ingat-ingatkan memang penat dan sakit dada nak mengillingnya. Alhamdullillah skrg dah ada instant frozen puff senang kerja den. Harganya sangat berpatutan sekali about $6 dollars per 6 pcs tak silap but yet berulang kali saya boleh buat croissants dan puff lainnya tanpa perlu marah-marah dan meradang kerana penat....hahahahahha

Zaman moderen semua serba mudah dan boleh di katakan murah lagi...jika nak pergi delifrance modal makan 4 beranak jerr dah bape...memanglah ambience dan terasa kelas lerr tapi keseronokkan hanya sebentar cuma...manakala jika di buat sendiri barulah bape jerr harganya dan boleh di makan berulangkali...hendak inti tuna? inti seafood? inti kari bagedil semua occay sahaja...beres! InsyaAllah tidak banyak belanja and no service charges!

Terasa gembira di hati apabila kita usahakan segalanya sendiri. Nak Manjerkan diri mari kita exercise dan rajin masak-memasak pasti akan terubat jiwa rega dan insyaAllah mendapat pahala juga amin! Ayuhlah maju sukan demi negara...hihihihi

InsyaAllah ada kelapangan Mak Peah akan membuat tutorial membuat pastry...insyaAllah.

Mee Rebus CurlyBabe!


Mak Peah sungguh berbesar hati dapat resipi ini dari sahabat baik Mak Peah yakni curlybabesatisfaction. Mak Peah rasa inilah resipi saling tak tumpah seperti resipi seperti arwah Mak rasanya persis Dong!. Terimakaseh kerana dapat berjumpa Ayu kembali setelah lama tidak ketemu.

Oleh kerana Mak Peah masak untuk 4 beranak sahaja so sukatan Mak Peah kurangkan sedikitlah ya...

Resipinya 
500g Mee kuning
200g taugeh
200g tetelan berlemak direbus sehingga empok

Resipi asal ada tauchu, tapi kerana suami saya nih agak cerewet beliau tidak suka tauchu maka saya menghaibkannya....kuciwa sebab saya suka tauchu tapi apa boleh buat kan kan...masuk dalam botol jadi orang kuat! hahahahah...

3 sudu besar udang kering di rendam
1/2 inch halia
3 biji bawang putih
I biji bawang besar
bahan di atas ini di kisar
2 sudu sebuk kari
2 batang serai titik
1/2 inchi kunyit hidup titik
1/2 inchi galangal titik (apa nama melayunya ya lupa arr sori)

3 sudu besar corn starch
Gula garam secukup rasa
Air untuk kuah lerr

Saya tidak menumis kerana setelah rebus tetelan tadi...semua bahan saya lebur sahaja. Saya nih adakala rajin adakalanya sembrono juga....hahahahahhahahahah sebab semlm saya pikiran nak gi kelas ngaji tak bawa apa-apa untuk kekelas...last saya memang tak bawak apa-apa lansung!...Sebab memang dah terlalu pikiran sangat...hahahahahhaha

Hiasi Mee rebus dengan telur rebus, lada hijau nih adalah mestikan barulah syiok, bawang goreng dan saya tidak lupa bubuh kicap manis....SYIOK!!! terimakaseh Ayu I luv ya!

Wednesday, December 15, 2010

Mustard Grilled Chicken with Kailan


My kids requested this sumptuous dish. Grilled chicken with Worcestershire BBG Sauce with plenty of Dijon Mustard Sauce. Add olive oil and black pepper relish to tang your taste bud!

Typically asian, I added on red chilies, sliced shiitake mushroom and kailan. Superbilicious fusion food of childhood delights!

Tuesday, December 14, 2010

TomYum si Ikan Pari


Alkisahnya masa lunch tadi jangkanya nak masak asam pedas ikan pari...sedang menumis lada kisar sekali tu, chek stock asam dah habis. Sape lagi somiku lah punya kelije. Sakit tekak jerr dia buat air asam.

So terjerit sekejap.."Babah asam pinito!" Kelam kabut orang guilty chek esbok. Mak Peah dah pegang senduk cekak pinggang ketap bibir...grr...grr..grr

"Hah! Ada lemonde!" Teriak somiku joget-joget mintak kasihanlah tu. Ermmm...tetiba terpikir boleh lerr juga dharurat mentelah dah nak ke kerja si sang somi. Cari dua batang Serai Mak Peah titik, hiris halia, dapat pula daun limau purut lebur, lada padi, sayuran lebur dan letak sesudu besar gula dan garam secukup rasa. Perahan lemon setengah biji...kaw..kaw..kaw lerr...

Tak pernah pulak masak ikan pari tomyum har har har....doa sikit selawat sikit...kuss mangat ngancam lerr!!!! Puas hati di Bimla arr.....

Somi dan anak-anak menghirup hingga ke titisan akhir...syukur alhamdullillah selamat selaba!

Ayam Rebus Goreng


Resipi ini agak kelakar sikit. Siapa sangka Ayam yang telah di rebus empok pabila di goreng rasanya sungguh enak!

Jangkanya saya nak masak nasi ayam, kira cam nak bikin stock untuk nasi ayam makanya saya rebus kepak-kepak ayam tersebut bersama halia, bawang putih dan serai. Saya nih agak perlupa saya pernahlah dengar entah sapelah bagi saya resipi ini...sungguh saya lupa mungkin kakak atau kawan saya.

Mak Peah main ingat-ingat jerr. Air rebusan tadi mak peah masaklah nasi ayamnya, masukan sekali serai halia dan bawang putih yang telah di rebus tadi. Mak Peah masukan 3 sudu butter untuk nasi serta garam secukup rasa.

Resipi ayam
Kepak ayam yang telah di rebus empok
5 ulas bawang putih di tumbuk
1 sudu sos black pepper singlong
2 sudu wochestershire BBQ sauce
1 sudu kecil kunyit
1 biji putih telur
daun kari
Semua bahan di atas ini di perap bersama ayam seketika setelah itu bolak-balik dan salutkan dengan rempah di bawah ini
Salutan gorengannya
3 sudu besar rempah goreng ayam instant
2 sudu breadcrumbs

Gorenglah ayam dengan minyak suhu yang agak panas...dan akan malatop-latoplah ia...hihihi.
Cili Nasi Ayam
5 biji lada merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka

Verdict: Bapak dan Anak-anak makan sampai licin katanya sungguh enak!

Monday, December 13, 2010

Nasi Goreng Lada Hijau


Kalau makan nasi goreng nih kan pasti meleleh airmata Mak Peah alfatihah abah...yelah nasi goreng resipi arwah abah nih. Arwahnya memang suka dengan lada hijau di buat ulam hampir setiap hari, makanya lada hijau di buat nasi goreng juga.

Resipinya amat mudah sekali, seperti nasi goreng biasa cuma di tukar dengan lada hijau sahaja...

Takpe jgn gusar Mak Peah kasi ingredient dia jugalah ya khas buat adek-adek yang baru nak memegang senduk dan kuali.

Ingredientnya
3 cawan nasi sejuk
Bahan kisaran
5 biji lada hijau
3 biji lada padi (jika ingin lagi pedas tambahlah ya)
1 sudu besar udang kering
2 bawang kecil
1/2 inchi belacan
1 biji limau kasturi

Tambahan
1 biji telur
1 sudu kicap asin
1 sudu kicap manis cair
garam secukup rasa
(jika suka msg bubuh jerlah ya)

Nasi Goreng lada hijau ini di makan dengan ayam goreng kunyit memang syiok berserta keropok ikan tamban....anak bujang Mak Peah makan bertambah sehingga licin alhamdullillah taklah membazir makanan amin....

Cinnamon Rolls


Balik cuti pun boleh k.o....demam kepialu arr, batuk dan sakit otot hahahahahhaha...

Jadi Ibu nih kalau tak masak kecian lah anak-anak dan suami. Lagi lah keluarga Mak Peah jenis tak suka makan luar bangunlah juga...tapi anak bujang Mak Peah sungguh baik hati dia cuci pinggan mangkuk rajin cam babah dia...hihihi anak bara pula tulung mengemas alhamdullillah...mereka tak kisah asal mommi bleh masak...hihii

Oklah, anak bara tetiba sound nak makan cinnamon roll teringin sangat katanya...

Resipinya banyak dan berbagai takyalah nak lokek kat internet berlambak, buku satu almari ber rak-rak pun dah tak boleh pakai! Internet juga yang kami curik resipi....hahahahha as usual Mak Peah nih suka tukar resipi orang yelah kekadang kita takde bahan tersebut terpaksalah kita ikut apa yang kita ada kat rumah nih...ye tak? Resipi ini combinasi dari 4-5 resipi lalu Mak Peah olahkan kembali...ikut sukahati Mak Peah.

Bahannya
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar setengah baking powder
1/2 sudu besar baking soda or bicarbonate soda
Jika tiada baking powder dan soda bicarbonate gantikan dengan I packet yeast kering pun ok juga...
2 sudu besar gula (jika anda suka manis bolehlah tambah ya)
1 sudu kecil garam

A*Gaulkan semua bahan kering ini sehingga yakin sebati dan rata.

1 1/2 cawan susu
2 sudu besar butter

B* Masak susu di api yang kecil sehingga nampak sedikit buih apabila mendidih tutup api lalu masukan dua sudu butter tadi larutkan dan tunggu sehingga sejuk.


Bahan A dan B di gaul rata mengunakan senduk kayu ke pelestik boleh sahaja sehingga larut. Ianya agak saggy yakni lembek tidak mengapa jangan panik atau gusar memang sukatannya begitulah. Apabila dah di larutkan dua bahan tadi sehingga cantik, ambil quite a bit of floor taburkan di atas tempat untuk mengilling dan menjadikan ianya rectangle...persegi panjang.

Bahan inti dalamnya
Brown sugar ikut sukahati
dan serbuk cinnamon
1 sudu besar melt butter
bahan di atas ini di gaul sehingga seperti taburan pasir di tepian pantai yang agak basah...cewahhh putitis pula ahaks...



Setelah dough anda siap di gilling dengan cantik berukuran rectangle sapukan intinya ikut bape banyak yang anda suka. Suami saya suka manis-manis makanya sukatan gula saya sebanyak 1/2 cawan. Maka gulunglah dough anda dengan sukahati serta senang lenang, lengang kankong seperti buat kek roll.

Anda potong lah kepada 8 bahagian, (boleh gunakan pisau pemotong kek yang plastik tu lagi mudah tak melekat) kerana saya tidak mempunyai tin persegi saya gunakan bekas tin bulat sahaja oklah juga...cantik juga jadinya. Bekas tin tu jangan lupa di sapu butter nanti apabila sudah masak dan sejuk seketika mudah jerr tanggal dengan senang lenang. Setelah di potong susunlah dengan teliti dan sapukan melted butter di atasnya agar berseri bila siap di bakar.

Bakar selama 25-30 minutes at 175º(. Checklah selalu oven anda, anda sahaja yang kenal oven anda sendiri dan saya tidak boleh menulung, jika cinnamon roll anda hangus...saya cuma tumpang bersedih sahaja lah...

Ok untuk toppingnya pula, suami saya nih macam-macam tau nak cream cheese topping lerr pulak. So bahannya adalah

Cheese Topping
1/2 cawan susu
60g cream cheese PhilaDelphia
2 sudu besar gula
1 sudu kecil essence vanilla

Bahan di atas ini di masak di atas api yang kecil. Oleh kerana kurang sabar mereka nak menNGAP itu cinnamon rolls dengan segera, maka cream cheese tidak sempat tunggu pekat dan sejuk seketika terus di tuangkan sahaja lalu bismillah langsai...

Verdict ianya menjadi cantik,  gebu dan berseri serta mudah di pisahkan satu persatu setelah cool down sebentar....ikut sajerr ramuan di atas di jamin oleh leverbroder!

Sekian saya sangat rajin menulis dengan panjang lebar.

Saturday, December 11, 2010

Cheese Tarts


Belen dari bikin cheese cake, anak dara mak Peah usulkan buat cheese tart pula...creativelah juga budak tonet nih...apalagi mengulilah kulit tart.

Mak Peah ambil jerr bahan yang ada seperti
3 sudu besar butter,
2 sudu gula halus (tak berapa nak halus),
1 cawan tepung
1 egg yolk
1 teaspoon vanilla essence

...mak peah uli dan uli sehingga lembut dan picit-picitan dong! Oh la la la ding dong...

Dua metot Mak Peah suka yang cheese tart dan siaplah cukunun nak decorasi dengan ganache belen ituhari...hahahahahha laju di ngap dan langsai!

Tarts di bake selama 10 minutes at 175ºC then keluarkan cool it for awhile, baru letak cheese belen dan bake another 10 minutes sahaja...

Oreo Cheese Cake


Cheese cake oreo nih sangat mudah, jika inginkan flavour blueberry ke atau perisa ala tiramisu pun kaedahnya sama sahaja. Pokoknya rasanya enak. Mak Peah tak suka pening-pening kepala nanti Mak Peah migraine, makanya Mak Peah selalu mencari jalan yang mudah dan santai tapi yang pasti musti enak rasanya.

If you love Philadephia Cream cheese anda boleh layari website di sini for great recipe!

Ingredients
24 OREO Cookies, divided
3 tablespoons butter, melted
3 (250 g) packages PHILADELPHIA Brick Cream Cheese, softened
3/4 cup sugar
1 teaspoon vanilla
3 eggs

Caranya senanglah sangat cookies di pecah-pecahkan atau blender kering. Jika anda tidak gemar cheesecake anda di bake...maka boleh skip the eggs.

Kali ini suami Mak Peah hendak bake cheesecake...makanya mak peah letak 3 biji telur lalu di pukul dengan segala bahan di atas tadi sehingga jaya. Setelah semua bahan yang di masukan kedalam mixer atau di pukul cantik tuangkan di atas bekas yang telah di letak susunan atau pecahan cookies tadi. Bake at 175ºC 20-25 minutes.

Chilled for more than 3 hours resultnya...Ommmph lazat! Boleh di simpan di dalam peti esbok selama sehingga 1-2 weeks...tapi kerana suami Mak Peah pencinta dairy product nan tegar, separuh cheesecake oreo lenyap dalam sekelip mata...jgn kata seminggu dua...dia bawa bercoti bersama dan di ngap keesokan harinya....TAMATED!

Salam bertemu kembali wahai sahabat semuanya! YEAY!

Friday, December 3, 2010

Mee Goreng Recycled


Mak Peah panggil ini Mee Recyled...mee pun boleh recycled? Hehehe sebenarnya bukan mee recycled tapi sambal tumis ikan bilisnya. Ituhari masak nasi lemak sambal tumis ikan bilis nih terbuat banyak.  Terpikir budak-budak nih dah manja sangat kalau di sebut semalam punya pasti tak mahu makan...rotan baru tahu!!!...

Jadi ibu nih kenelah quick thinking, yelah suami bekerja bagi duit nak membazir duit tak tentu pasalkan rasa bersalah. Mentelah agama kita pun mengalakkan kita berjimat cermat dalam semua hal. Pembaziran itu berdosa tau!...

So tanak mereka sedari Mak Peah keluar kan Mee kuning belen ituhari juga, Suun belen juga, taugeh belen juga everything the belen-belen punya celita lah...

Tumis balik sambal ikan bilis masukan segalanya gaul rata dan masak cuma add on Slice fish cake... kuss mangat dah masak si bujang menjerit...Umie bau sedap!...hah sedap lah nih...

Selamat selabalah tiga beranak makan habis alhamdullillah....si adek sibuk lagi cakap I never waste my food...hah yelah good girl lah...Nanti esok Umie buat lagi ya? Opocot! tersedak mommi...nanti lah lenkali ok ...esok kita makan lain pula...hahahahhaha ayat cober line!

Bukanlah kita nak meracun anakkan...tak mati punya makan makanan semalam....orang afrika lagilah susah nak dapat makan jgn kata Mee Goreng Recycled, mungkin tengok mee goreng pun tidak pernah agaknya...kecian kan...

Thursday, December 2, 2010

Fish balls Mee Suah Soup with sliced meat


We had fish balls soup with sliced meat for breakfast. It rains almost everyday... as an asthmatic person I need something hot soupy food to boost my day... Life has been pleasant and wonderful. I feel blessed...

...sesekali makan simple macam nih...tetiba cerah biji mata...hihihi

Mudah jerr masak mee suah nih, hirisan bawang besar dan bawang putih, halia, hirisan daging jika suka dan fish ball. A dash of sesame oil dan pepper if you like semi raw egg letak lerr sebiji...gedebuss!...makan lah panas-panas tapi jangan sampai melepuh kerana ia memang kalau panas bisa melepuh dan mengelupur di buatnya...hahahahhaha man man lai...

Choc Almond Slice


Terlupa mak Peah ada banyak buku masak kat rak-rak buku...memang lupa betul. Alhamdullillah tak lah ikut semua...kerana nanti terlalu manis dan telah di ubah-suai mengikut citarasa, Manakala sangat berbesar hati mengucapkan terimakseh kepada  anakanda LilRed yang sangat bermurah hati mengeshare resepi ganache yang sungguh lazat... terimakaseh anakanda ku...ku pelok ku cium kedua pipi LilRed ...

Resepi Choc Almond
1 cup self raising flour
2 tablespoon cocoa powder
1/3 cup caster sugar (actual 1/2 cup)
1/2 cup butter, melted
1 teaspoon essence vanilla
1 cup chopped almonds

Caranya
Preheat oven to moderate 280C. Greased shallow tin with non stick baking paper. Over hanging two opposite sides for easy lifting. Shift flour and cocoa powder into large bowl. Add sugar and stir, add melted butter, vanilla essence to combine and moisten. Press firmly and evenly into the tin. Bake for 20 minutes till golden brown and let it cool completely before removing from tin.

Dark Choc Ganache
200ml whipping cream
250ml dark chocolate

Caranya 

Heat cream under low heat, sampai keluar bubble sket sket je then matikan api, masukkan chocolate yang telah di hiris dan kacau sampai sekata. tunggu dlm 20-30minutes lepas die cool down and pekat sket baru coat. (exactly extracted from anakanda LILRED)



Wednesday, December 1, 2010

Mini Cheese Croissants


Croissants nih Mak Peah buat untuk kelas agama malam nanti. Kami sekeluarga memperbetulkan bacaan Al Quran dan pelajari menghalusi sholat dan hukum-hukum Fiqh.

Waktu kecil dahulu bukan tak mengaji dah khatam pun tapi tulah dah tua tua nih ada bacaan masih perlu di perbetulkan.

Sejak Mak Peah dah berumur nih Mak Peah nak perbaiki diri dalam apa jua dalam berkata-kata, pergaulan, gurauan semoga kita mendapat kebaikan ye tak?...sama-sama lah kita menuju jalan yang satu insyaAllah.

Croissants nih tersangat lah mudah...kenapa Mak Peah kata mudah kalau complicated Mak Peah tak akan buat pun...hahahahaha nanti Mak Peah confused kalau susah-susah sangat.

Masih ada Pastry yang Mak Peah beli tapi sayang nak gunakan...boleh gitu?
So Mak Peah gunakan prata instant yang banyak di rumah Mak Peah.

Prata instant di belah 4 bahagian, masukan cheddar cheese yang telah di potong2 kecil dan gulung seperti croissant lalu sapukan kuning telur di atasnya lalu bakar dalam oven. Bake at 150C about 20-35 minutes.

Saba Fish & Garlic Fried Chicken


Kita mula makan saba fish nih bila mula mencoba makan makanan korea....hailah antu korea telah menyusup-yusup dalam sanubari Mak Peah. Mak Peah pengemar filem Korea yang Romantika di pohon Kalapo, Filem Seram Kojol dan juga Filem Komedi Korea.

Kalau drama kat chanel U tu jangan cakaplah selalu follow up...the three brothers...ada KBS lagi...tapi apakan daya jika Pak Sood dan anak Mak Peah take over takde chance lansung lah...untuk menghilangkan rasa geram Mak Peah menonton kat youtube atau my soju melalui Hp sajerlah desperatekan?!... hahahahhaha...


Resepi ayam goreng garing nih mudah sahaja
6 keping kepak di belah dua
1 sudu besar chili powder Babas
1/2 teaspoon kunyit serbuk
1 white egg
salts and pepper
8 garlics pounded

Marinate your chicken and let it rest for 30 minutes or overnight. Deep frying or bake.

Hari ini Mak Peah masak nasi lemak sahaja...masakan ulangan...so Mak Peah letak gambar ayam goreng garing dan saba fish ini sahaja. Selamat Hari Rabu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...