Wok The Talk...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
-
Susah nak dapat udang geragau di pasar rumah saya. So selepas sholat subuh dan anak-anak ke sekolah saya menuju terus ke pasar basah yang b...
Tuesday, December 14, 2010
Ayam Rebus Goreng
Resipi ini agak kelakar sikit. Siapa sangka Ayam yang telah di rebus empok pabila di goreng rasanya sungguh enak!
Jangkanya saya nak masak nasi ayam, kira cam nak bikin stock untuk nasi ayam makanya saya rebus kepak-kepak ayam tersebut bersama halia, bawang putih dan serai. Saya nih agak perlupa saya pernahlah dengar entah sapelah bagi saya resipi ini...sungguh saya lupa mungkin kakak atau kawan saya.
Mak Peah main ingat-ingat jerr. Air rebusan tadi mak peah masaklah nasi ayamnya, masukan sekali serai halia dan bawang putih yang telah di rebus tadi. Mak Peah masukan 3 sudu butter untuk nasi serta garam secukup rasa.
Resipi ayam
Kepak ayam yang telah di rebus empok
5 ulas bawang putih di tumbuk
1 sudu sos black pepper singlong
2 sudu wochestershire BBQ sauce
1 sudu kecil kunyit
1 biji putih telur
daun kari
Semua bahan di atas ini di perap bersama ayam seketika setelah itu bolak-balik dan salutkan dengan rempah di bawah ini
Salutan gorengannya
3 sudu besar rempah goreng ayam instant
2 sudu breadcrumbs
Gorenglah ayam dengan minyak suhu yang agak panas...dan akan malatop-latoplah ia...hihihi.
Cili Nasi Ayam
5 biji lada merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
Verdict: Bapak dan Anak-anak makan sampai licin katanya sungguh enak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment