Mak Peah suka kuih dahulu yang berkukus...enakkan rasanya untuk di makan waktu pagi atau minum petang. Kuih ini sedap dan mudah. Tidak memerlukan banyak bahan.
Sukatan Mak Peah hanya kecil sahaja kerana hanya kami anak beranak sahaja yang makan, so adjust lah accordingly ok...ada berbagai cara untuk membuat talamnya...ada orang suka talamnya lembek dan ada pula yang suka talamnya mengkal...Mak Peah suka kalau talamnya sedikit mengkal...so bila di ngap menginjal sedikit dan sedap di kunyah...
Resipinya
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
2 sudu tepung cornstarch (jika ingin yang lembek tiadakan bahan ini)
sedkit garam secukup rasa lemak-lemak kuih talam
Sedikit air
Bahan-bahan ini di aduk dan masukan dalam periok di jerang di atas api yang kecil. Keep on kacau sehingga ianya agak-agak memekat. Jangan terlalu pekat ya...nanti bergentel pula talam itu...Setelah ok masukan kedalam bekas untuk di kukus. Tekan tekan sedikit supaya serata, jangan lah tekan mengunakankan tangan tanpa beralas melecur kang...pakailah plastic dan tekan dengan jayanya...
Untuk resipi lauknya pula saya mengikut cara ibu saya. Yakni rendam segengam udang kering sehingga kembang sebelum tumbuk bersama 3 ulas bawang putih dan sebuk lada sula tanpa garam kerana udang kering dan masin.
Hiriskan lada merah dan daun sup lalu di sangar di api yang kecil bersama sedikit minyak sahaja...
Taburkan lauknya di atas talam yang akan di kukus...lalu kukuslah bersama-sama selama 20 minutes dan yakin masak jangan lupa taburkan bawang gorengan untuk menambah keenakan Talam berlauk ini...amin...
No comments:
Post a Comment