Wok The Talk...

Monday, December 13, 2010

Cinnamon Rolls


Balik cuti pun boleh k.o....demam kepialu arr, batuk dan sakit otot hahahahahhaha...

Jadi Ibu nih kalau tak masak kecian lah anak-anak dan suami. Lagi lah keluarga Mak Peah jenis tak suka makan luar bangunlah juga...tapi anak bujang Mak Peah sungguh baik hati dia cuci pinggan mangkuk rajin cam babah dia...hihihi anak bara pula tulung mengemas alhamdullillah...mereka tak kisah asal mommi bleh masak...hihii

Oklah, anak bara tetiba sound nak makan cinnamon roll teringin sangat katanya...

Resipinya banyak dan berbagai takyalah nak lokek kat internet berlambak, buku satu almari ber rak-rak pun dah tak boleh pakai! Internet juga yang kami curik resipi....hahahahha as usual Mak Peah nih suka tukar resipi orang yelah kekadang kita takde bahan tersebut terpaksalah kita ikut apa yang kita ada kat rumah nih...ye tak? Resipi ini combinasi dari 4-5 resipi lalu Mak Peah olahkan kembali...ikut sukahati Mak Peah.

Bahannya
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar setengah baking powder
1/2 sudu besar baking soda or bicarbonate soda
Jika tiada baking powder dan soda bicarbonate gantikan dengan I packet yeast kering pun ok juga...
2 sudu besar gula (jika anda suka manis bolehlah tambah ya)
1 sudu kecil garam

A*Gaulkan semua bahan kering ini sehingga yakin sebati dan rata.

1 1/2 cawan susu
2 sudu besar butter

B* Masak susu di api yang kecil sehingga nampak sedikit buih apabila mendidih tutup api lalu masukan dua sudu butter tadi larutkan dan tunggu sehingga sejuk.


Bahan A dan B di gaul rata mengunakan senduk kayu ke pelestik boleh sahaja sehingga larut. Ianya agak saggy yakni lembek tidak mengapa jangan panik atau gusar memang sukatannya begitulah. Apabila dah di larutkan dua bahan tadi sehingga cantik, ambil quite a bit of floor taburkan di atas tempat untuk mengilling dan menjadikan ianya rectangle...persegi panjang.

Bahan inti dalamnya
Brown sugar ikut sukahati
dan serbuk cinnamon
1 sudu besar melt butter
bahan di atas ini di gaul sehingga seperti taburan pasir di tepian pantai yang agak basah...cewahhh putitis pula ahaks...



Setelah dough anda siap di gilling dengan cantik berukuran rectangle sapukan intinya ikut bape banyak yang anda suka. Suami saya suka manis-manis makanya sukatan gula saya sebanyak 1/2 cawan. Maka gulunglah dough anda dengan sukahati serta senang lenang, lengang kankong seperti buat kek roll.

Anda potong lah kepada 8 bahagian, (boleh gunakan pisau pemotong kek yang plastik tu lagi mudah tak melekat) kerana saya tidak mempunyai tin persegi saya gunakan bekas tin bulat sahaja oklah juga...cantik juga jadinya. Bekas tin tu jangan lupa di sapu butter nanti apabila sudah masak dan sejuk seketika mudah jerr tanggal dengan senang lenang. Setelah di potong susunlah dengan teliti dan sapukan melted butter di atasnya agar berseri bila siap di bakar.

Bakar selama 25-30 minutes at 175ยบ(. Checklah selalu oven anda, anda sahaja yang kenal oven anda sendiri dan saya tidak boleh menulung, jika cinnamon roll anda hangus...saya cuma tumpang bersedih sahaja lah...

Ok untuk toppingnya pula, suami saya nih macam-macam tau nak cream cheese topping lerr pulak. So bahannya adalah

Cheese Topping
1/2 cawan susu
60g cream cheese PhilaDelphia
2 sudu besar gula
1 sudu kecil essence vanilla

Bahan di atas ini di masak di atas api yang kecil. Oleh kerana kurang sabar mereka nak menNGAP itu cinnamon rolls dengan segera, maka cream cheese tidak sempat tunggu pekat dan sejuk seketika terus di tuangkan sahaja lalu bismillah langsai...

Verdict ianya menjadi cantik,  gebu dan berseri serta mudah di pisahkan satu persatu setelah cool down sebentar....ikut sajerr ramuan di atas di jamin oleh leverbroder!

Sekian saya sangat rajin menulis dengan panjang lebar.

5 comments:

  1. salam gee,
    wah dijamin oleh leverbroders ya..hahaha..
    kira, dah makan mesti perut bersih punya ya..wakakakaka..gurau aje ya gee..ingat lagi, the advertisement for sabun baju kan?..hahaha

    rajinnya gee meroti..harap2 gee dah sihat ya..
    banyak berehat k..take care dear.
    gee pergi mana holidays tu?..makcik kaypo tanya..wakaka

    ReplyDelete
  2. kakakakakkaka Salam Ayu

    Alhamdullillah dah sehat sedikit...tak pergi jauh yang...di balik pulau jerr...pulau belakang mati tu arr...wakakakakaka adeh tergelak I sama-sama lah ktia mengepoh occay!

    ReplyDelete
  3. ya ya iklan sabun baju! time-time kita tu dulu...hahahahhaha

    ReplyDelete
  4. Mak Peah,

    Memandangkan roll ni susah bebenau nak buat kan, agak-agak boleh tak ida datang ambik kat umah Mak Peah je ? Mak Peah juallah, kira timbang kati pun ok

    ReplyDelete
  5. cubit dak ida...mari mari sini Mak Peah kasi bape sahaja yang ida mau...hihihihi

    Ida sayang takde susah mana der...senang jerr...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...