Wok The Talk...

Showing posts with label baking. Show all posts
Showing posts with label baking. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Roti Simple Banget!...


Gunakan 1 paket yeast kering, 2 cawan tepung gandum air secukupnya dan sedikit garam ...Mak tak uli pun kacau sahaja dan tepung mak agak lembek tapi Memang begitu lah cara Mak.

Adunan di perap selama 30 minutes. Lalu Mak keluarkan dan golek-golekkan dalam tepung kering supaya tidak melekat bila di angkat then masukan dalam loyang bulat bakar...sambil buat belahan di atasnya dengan pisau...bake for 30 minutes at 220ºC.

Anak-anak Mak dan somi memang suka Roti simple cam gini. Roti nih kami makan buat breakfast... makan cecah kari ayam dan sambal ikan bilis belen.

Anak dara Mak petik gambar dengan peanut butter dan jamnya...di pesan jgn lupa post gambar adek punya ya Umie...hahahahahha post jgn tak post kang ngamuk dan merajuk pula...


Sunday, December 19, 2010

Scones



Pepagi tanya babah nak makan apa? Dia kata lama kita tak buat scones....hahkan senang cakap apa nak makan kan kan...hidup kita pun senang dan makmur tanpa pikiran...hihihi

so bermulalah mengadun tepung...untuk 10 cute scones sahaja

Ingredientnya
1 1/2 cup flour
1 1/2 tbsp baking powder
1/2 teaspoon
3 tbsp margarine
3/4 cup milk


*Optional 1 beaten egg (tapi saya prefer takde egg)

Saya malas nak pakai mixer, so saya adunkan semua bahan dengan senduk. Ianya agak lembek jangan gusar memang begitulah hendaknya... Apabila di bakar, sapukan butter di tin pembakar. Ambil satu biji telur dan sedikit susu di pukul cantik lalu sapukan di atas scones tadi agar bersinar indah!

Set oven at 175ºC bake at 10-12 minutes jerr....senangkan...YAHUUUUUU!!! dah mamam pun...:P

Jika anda pengemar Jem, Peanut butter dan sewaktu dengannya sapu sajerlah ya...di jamin oleh kementerian kesihatan!

Thursday, December 16, 2010

Croissants


Susah payah tahun lepas saya belajar mengilling croissant nih...jika di ingat-ingatkan memang penat dan sakit dada nak mengillingnya. Alhamdullillah skrg dah ada instant frozen puff senang kerja den. Harganya sangat berpatutan sekali about $6 dollars per 6 pcs tak silap but yet berulang kali saya boleh buat croissants dan puff lainnya tanpa perlu marah-marah dan meradang kerana penat....hahahahahha

Zaman moderen semua serba mudah dan boleh di katakan murah lagi...jika nak pergi delifrance modal makan 4 beranak jerr dah bape...memanglah ambience dan terasa kelas lerr tapi keseronokkan hanya sebentar cuma...manakala jika di buat sendiri barulah bape jerr harganya dan boleh di makan berulangkali...hendak inti tuna? inti seafood? inti kari bagedil semua occay sahaja...beres! InsyaAllah tidak banyak belanja and no service charges!

Terasa gembira di hati apabila kita usahakan segalanya sendiri. Nak Manjerkan diri mari kita exercise dan rajin masak-memasak pasti akan terubat jiwa rega dan insyaAllah mendapat pahala juga amin! Ayuhlah maju sukan demi negara...hihihihi

InsyaAllah ada kelapangan Mak Peah akan membuat tutorial membuat pastry...insyaAllah.

Monday, December 13, 2010

Cinnamon Rolls


Balik cuti pun boleh k.o....demam kepialu arr, batuk dan sakit otot hahahahahhaha...

Jadi Ibu nih kalau tak masak kecian lah anak-anak dan suami. Lagi lah keluarga Mak Peah jenis tak suka makan luar bangunlah juga...tapi anak bujang Mak Peah sungguh baik hati dia cuci pinggan mangkuk rajin cam babah dia...hihihi anak bara pula tulung mengemas alhamdullillah...mereka tak kisah asal mommi bleh masak...hihii

Oklah, anak bara tetiba sound nak makan cinnamon roll teringin sangat katanya...

Resipinya banyak dan berbagai takyalah nak lokek kat internet berlambak, buku satu almari ber rak-rak pun dah tak boleh pakai! Internet juga yang kami curik resipi....hahahahha as usual Mak Peah nih suka tukar resipi orang yelah kekadang kita takde bahan tersebut terpaksalah kita ikut apa yang kita ada kat rumah nih...ye tak? Resipi ini combinasi dari 4-5 resipi lalu Mak Peah olahkan kembali...ikut sukahati Mak Peah.

Bahannya
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar setengah baking powder
1/2 sudu besar baking soda or bicarbonate soda
Jika tiada baking powder dan soda bicarbonate gantikan dengan I packet yeast kering pun ok juga...
2 sudu besar gula (jika anda suka manis bolehlah tambah ya)
1 sudu kecil garam

A*Gaulkan semua bahan kering ini sehingga yakin sebati dan rata.

1 1/2 cawan susu
2 sudu besar butter

B* Masak susu di api yang kecil sehingga nampak sedikit buih apabila mendidih tutup api lalu masukan dua sudu butter tadi larutkan dan tunggu sehingga sejuk.


Bahan A dan B di gaul rata mengunakan senduk kayu ke pelestik boleh sahaja sehingga larut. Ianya agak saggy yakni lembek tidak mengapa jangan panik atau gusar memang sukatannya begitulah. Apabila dah di larutkan dua bahan tadi sehingga cantik, ambil quite a bit of floor taburkan di atas tempat untuk mengilling dan menjadikan ianya rectangle...persegi panjang.

Bahan inti dalamnya
Brown sugar ikut sukahati
dan serbuk cinnamon
1 sudu besar melt butter
bahan di atas ini di gaul sehingga seperti taburan pasir di tepian pantai yang agak basah...cewahhh putitis pula ahaks...



Setelah dough anda siap di gilling dengan cantik berukuran rectangle sapukan intinya ikut bape banyak yang anda suka. Suami saya suka manis-manis makanya sukatan gula saya sebanyak 1/2 cawan. Maka gulunglah dough anda dengan sukahati serta senang lenang, lengang kankong seperti buat kek roll.

Anda potong lah kepada 8 bahagian, (boleh gunakan pisau pemotong kek yang plastik tu lagi mudah tak melekat) kerana saya tidak mempunyai tin persegi saya gunakan bekas tin bulat sahaja oklah juga...cantik juga jadinya. Bekas tin tu jangan lupa di sapu butter nanti apabila sudah masak dan sejuk seketika mudah jerr tanggal dengan senang lenang. Setelah di potong susunlah dengan teliti dan sapukan melted butter di atasnya agar berseri bila siap di bakar.

Bakar selama 25-30 minutes at 175º(. Checklah selalu oven anda, anda sahaja yang kenal oven anda sendiri dan saya tidak boleh menulung, jika cinnamon roll anda hangus...saya cuma tumpang bersedih sahaja lah...

Ok untuk toppingnya pula, suami saya nih macam-macam tau nak cream cheese topping lerr pulak. So bahannya adalah

Cheese Topping
1/2 cawan susu
60g cream cheese PhilaDelphia
2 sudu besar gula
1 sudu kecil essence vanilla

Bahan di atas ini di masak di atas api yang kecil. Oleh kerana kurang sabar mereka nak menNGAP itu cinnamon rolls dengan segera, maka cream cheese tidak sempat tunggu pekat dan sejuk seketika terus di tuangkan sahaja lalu bismillah langsai...

Verdict ianya menjadi cantik,  gebu dan berseri serta mudah di pisahkan satu persatu setelah cool down sebentar....ikut sajerr ramuan di atas di jamin oleh leverbroder!

Sekian saya sangat rajin menulis dengan panjang lebar.

Saturday, December 11, 2010

Cheese Tarts


Belen dari bikin cheese cake, anak dara mak Peah usulkan buat cheese tart pula...creativelah juga budak tonet nih...apalagi mengulilah kulit tart.

Mak Peah ambil jerr bahan yang ada seperti
3 sudu besar butter,
2 sudu gula halus (tak berapa nak halus),
1 cawan tepung
1 egg yolk
1 teaspoon vanilla essence

...mak peah uli dan uli sehingga lembut dan picit-picitan dong! Oh la la la ding dong...

Dua metot Mak Peah suka yang cheese tart dan siaplah cukunun nak decorasi dengan ganache belen ituhari...hahahahahha laju di ngap dan langsai!

Tarts di bake selama 10 minutes at 175ºC then keluarkan cool it for awhile, baru letak cheese belen dan bake another 10 minutes sahaja...

Oreo Cheese Cake


Cheese cake oreo nih sangat mudah, jika inginkan flavour blueberry ke atau perisa ala tiramisu pun kaedahnya sama sahaja. Pokoknya rasanya enak. Mak Peah tak suka pening-pening kepala nanti Mak Peah migraine, makanya Mak Peah selalu mencari jalan yang mudah dan santai tapi yang pasti musti enak rasanya.

If you love Philadephia Cream cheese anda boleh layari website di sini for great recipe!

Ingredients
24 OREO Cookies, divided
3 tablespoons butter, melted
3 (250 g) packages PHILADELPHIA Brick Cream Cheese, softened
3/4 cup sugar
1 teaspoon vanilla
3 eggs

Caranya senanglah sangat cookies di pecah-pecahkan atau blender kering. Jika anda tidak gemar cheesecake anda di bake...maka boleh skip the eggs.

Kali ini suami Mak Peah hendak bake cheesecake...makanya mak peah letak 3 biji telur lalu di pukul dengan segala bahan di atas tadi sehingga jaya. Setelah semua bahan yang di masukan kedalam mixer atau di pukul cantik tuangkan di atas bekas yang telah di letak susunan atau pecahan cookies tadi. Bake at 175ºC 20-25 minutes.

Chilled for more than 3 hours resultnya...Ommmph lazat! Boleh di simpan di dalam peti esbok selama sehingga 1-2 weeks...tapi kerana suami Mak Peah pencinta dairy product nan tegar, separuh cheesecake oreo lenyap dalam sekelip mata...jgn kata seminggu dua...dia bawa bercoti bersama dan di ngap keesokan harinya....TAMATED!

Salam bertemu kembali wahai sahabat semuanya! YEAY!

Thursday, December 2, 2010

Choc Almond Slice


Terlupa mak Peah ada banyak buku masak kat rak-rak buku...memang lupa betul. Alhamdullillah tak lah ikut semua...kerana nanti terlalu manis dan telah di ubah-suai mengikut citarasa, Manakala sangat berbesar hati mengucapkan terimakseh kepada  anakanda LilRed yang sangat bermurah hati mengeshare resepi ganache yang sungguh lazat... terimakaseh anakanda ku...ku pelok ku cium kedua pipi LilRed ...

Resepi Choc Almond
1 cup self raising flour
2 tablespoon cocoa powder
1/3 cup caster sugar (actual 1/2 cup)
1/2 cup butter, melted
1 teaspoon essence vanilla
1 cup chopped almonds

Caranya
Preheat oven to moderate 280C. Greased shallow tin with non stick baking paper. Over hanging two opposite sides for easy lifting. Shift flour and cocoa powder into large bowl. Add sugar and stir, add melted butter, vanilla essence to combine and moisten. Press firmly and evenly into the tin. Bake for 20 minutes till golden brown and let it cool completely before removing from tin.

Dark Choc Ganache
200ml whipping cream
250ml dark chocolate

Caranya 

Heat cream under low heat, sampai keluar bubble sket sket je then matikan api, masukkan chocolate yang telah di hiris dan kacau sampai sekata. tunggu dlm 20-30minutes lepas die cool down and pekat sket baru coat. (exactly extracted from anakanda LILRED)



Sunday, November 28, 2010

Puff Pastry Rolls


Puff pastry rolls nih berinti daging cincang ala-ala murtabak...almaklum selera orang melayu hihihihi. Mudah sangatlah membuatnya lagi lah mudah jika mendapat pastry instant nih....sama jerr dengan prata instant boleh jadi pastry juga...lebih kurang halal.


Mak Peah beli pastry nih di kedai jual barangan baking tak tahulah cold storage biasa ada ke tidak? Rasanya semua tempat ada kot. Kalau tidak ada jangan gusar prata instant tu pun boleh the only different ialah layering dia...kalau nak tambah layer double up the layer jerr lapikkan dua.

Intinya
200g daging cincang
1 bawang besar di cincang
4 garlic di cincang juga
capsicum di cincang juga (optional)
1 sudu curry powder Babas
1 biji telur di pukul (last)
garam dan lada sula secukup rasa

Tumis bahan inti tadi sehingga masak, last baru masukan sebiji telur supaya senang nak lekat apabila mengulung. Dan jangan lupa sapukan kuning telur di atas Puff sebelom bakar. Set oven to 175C selama 25-30 minutes. Check check lah selalu setiap oven lain keadaannya...

Saturday, November 27, 2010

Waffle


Hari ini Mak Peah tak berapa nak sehat ada flu dan gastric malam tadi. Tak boleh nak tido nyenyak...nasib baik ada Pak Sood di urut belakang dan letak minyak angin barulah boleh lelap sekejap.

pretty cheap only $26.90 @Courts
So hari ini, Mak Peah ingat nak off memasak...tapi kerana anak-anak ghairah nak bikin waffle mentelah Mak Peah baru sahaja membeli waffle maker yang menjadi idaman anak-anak. So sehari suntuk budak-budak buat waffle....susah juga nak dapatkan waffle yang crispy...rasanya memang enak...biasalah trial and error akhirnya after third attempt oklahkan....tapi Mak Peah tetap nak coba sehingga cantik...

Pagi lagi Mak Peah dan browse internet carik resepi yang best...malangnya bila ikut directly taklah segaring seperti yang di katakan...mesti ada silap...so Mak Peah godeh sana sini...first try Mak Peah ambil dari MyResipi tapi tak secantik yang empunya resipi...tak garing juga...so Mak Peah browse yang omputih punya pulak @ Finecooking....ermmm kene hangus baru garing...hahahahha so dah geramkan...Mak Peah combine dari dua resipi tersebut...dan jadilah juga...YEAY tapi masih nak coba lagi...sehingga cantik menawan kalbulahkan...seperti Suara Kalbu jua...hehehehhe curik nama Ida...

my daugther's version..today she really work hard
Supaya tidak lupa resepi hari ini...Mak Peah letak dahulu di sini...nanti dah di ubah suai yang lebih cantik dan bergaya hebat Mak Peah update lagi ya...resepi ini penting nanti lupa lagi Mak Peah...hahahahah resipi yang telah di olah...sedikit...sikit jerr...

Ingredients
2 egg white
2 spoon sugar
Whisk the egg whites in a large bowl till frothy 

2 egg yolk
1 cup flour
1 cup corn flour
4 teaspoon baking powder
1/2 cup vegetables oil
11/2 cup milk
1/2 teaspoon vanilla essence
1/2 teaspoon salt


Rupanya batter kene buat separately baru jadi garing...bila both dah siap barulah di foldkan together gether...cakap melayu apa ek? takkan lipatkan?...hahahha Mak Peah dah menoneng flu takleh pikir sori...


Wednesday, November 24, 2010

Teriyaki Chicken Pizza


Kan Mak peah dah kata Mak Peah nih suka masak macam-macam...hyper sungguh kata somi Mak Peah kadang tu dia pun naik pening masak jerr kerja Mak Peah kalau tidak bertugas...penoh esbok...kalau banjir dharurat agaknya boleh catuan makan untuk satu bulan survival!...hahhahahahahahha

Actually Mak Peah nih ikut mood kalau dah mula buat art and craft, menjahit sakan karang...masak pun ala kadar sahja...tengoklah kalau dah naik syeh menjahit kelak...adehhhh...tu lagi satu tabiat Mak Peah...hahahahahha. Yang ini pizza teriyaki ala garlic bread. Anak bujang Mak Peah hantu gila dengan garlic bread dan teriyaki chicken. So, I combined both for this recipe.

Intinya for Teriyaki Chicken Pizza
6 ulas bawang putih di tumbuk halus
2 sudu margarine
sedikit lada sula
bahan ini di buat paste untuk di sapu ke atas dough pizza

1 big piece chicken thigh cut into smaller pieces 
2 shiitake mushroom slice thin
1 big tomatoes chopped
2 spoonful teriyaki sos
coarse blackpepper
3 sliced normal cheddar cheese

You may change the ingredients accordingly. Set oven to lower heat at 175C for 10 minutes, then another 10-15 minutes set oven top and lower heat. So Heavenly simple yet DELICIOUS!!!

KualiBuruk Seafood Pizza


Perlu di ingatkan Mak Peah buat pizza nih dari bahan yang terdapat di dapur Mak Peah. Pendek kata Mak Peah memang suka gunakan apa sahaja yang ada di dalam rumah Mak Peah dan sukatannya juga adalah ikut suka Mak Peah sahaja.

Pizza ini adalah atas permintaan dua metot mungil Mak Peah yang telah bercoti sekolah. Maklumlah minggu pertama bulan december baru kita akan bercoti dan berlibur sementara waktu nih bercoti makan sahajalah ya...hihihi

Ada dua jenis pizza yang Mak Peah buat kali ini di dalam siaz berukuran 6 by 9 inch tray. ya sizenya rectangle dan agak sederhana kecil. Di belah empat dan di ngap dah habis...cukuplah buat kami empat beranak sahaja.

DOUGH for two pizzas
21/2 cup of flour
1 packet Dry Baker's Yeast
air secukupnya dan garam

As usual the dough, I do it a bit soggy and leave it to rest for about 30-45 minutes. It will double the size and I divided into two.

Intinya for Seafood Pizza
1 spoon chili sos
1 spoon tomato sos
2 spoon mayonaise
mixed and spread sos all over the dough
10 prawn peel and chopped to 1 cm sizes
2 shiitake mushroom slice thin
1 tomatoes chopped
2 big spoon can tuna
and 3 sliced BBQ smoke cheese

You may change the ingredients accordingly. Set oven to lower heat at 175C for 10 minutes, then another 10-15 minutes set oven top and lower heat. So Heavenly simple yet DELICIOUS!!!

Sunday, November 21, 2010

Tuna Puff


Tuna puff nih ada playcheat sikit...hehehe..almaklumlah Mak Peah blom naik mood nak mengilling puff yang tulin. InsyaAllah cuti sekolah nih Mak Peah akan usahakan ya adek-adek semua. Seorang sahabat kampung 360 menanyakan macam mana nak bikin croissant...

..biarlah Mak Peah gelak dulu...ha ha ha...Mak Peah sudah susah payah pergi belajar akan tetapi...sob* sob* kerana tak pratikkan Mak Peah dah hampir lupa. Takpelah..Esok Masih Ada ...buku resepi belajar Mak Peah masih ada dalam simpanan dah macam khitab Harry Porter dah mula berabuk... sabarlah Menanti Hari Esok ya Ira sayang insyaAllah nanti Mak Peah akan usahakan...

Ok yang ini pejam mata pun boleh buat...ini pun Mak Peah main-main dengan dua anak remaja metot Mak Peah...si adek tukang masukan inti manakala si Abg picit-picitan pastry instant ini...

BAHANnya
Kulit pastry adalah instant prata (LOL)
1 can tuna mayonaise tu jerr

Nak gebu kene set oven anda tinggi sedikit. About 175C - 200 C jengok-jengoklah lah masa membaking. Sebelom baking sapukan egg yolk atas puff ini, it takes less than 20 minutes to bake...insyaAllah with suhu yang cantik akan gebulah puff anda...filling u can use anything other than tuna.

SELAMAT MENCOBA!

Sunday, October 31, 2010

Maple Grilled Chicken Baquette Sandwich


Maple grilled chicken sandwich family's weekend favourites. Top with salads, cheese. mustard, chili sauce and mayonaise and tomato springkled with pepper and salt.

Anak-Anak dan suami Mak Peah sangat suka homemade bread buatan sendiri. Mudah jerr bikin Baquette Bread ianya lembut dan wangi. Roti ala baguette bread ini tidak payah di uli langsung.


Baguette bread resepi Mak Peah
1 cup of self-raising flour
1 cup of whole-wheat flour
pinch of salt
1 packet of Dry Baker's Yeast
1 to 1 1/2 cup water

Everything mixed together with spatula or ladle. The texture a bit soggy but it's ok. Covered and let it rest for 30 minutes. Once it double the size scoop with ladle, divided and mixed it with a bit of flour shape it and bake at 200 celcius at 25 minutes. Again, you must know you oven well.


Maple Grilled Chicken and Sausages
4 pieces of thigh boneless chicken
1/2 a cup of Maple Syrup
30g butter
salt and pepper
a bit of tumeric powder
1 teaspoon of cinnamon sugary powder

Combine all ingredients to marinate chicken for at least 1 hour. Grilled chicken on a special grill pan. Cook and cover for 10 minutes to get the juicy chicken.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...