Wok The Talk...

Wednesday, December 29, 2010

Ayam Masak Merah Berempah


Somiku nak makan ayam masak merah...dah blog kita nih sebut masakan santai maka kene lah pasang strategi. Nak Kata cukup bahan tidak. Lagipun Mak suka berexperimentasi bagai...ikut sedap rasa...

Masa Mak potong ayam tu anak dara mak sebok dukung kucing kesayangan Mak namanya Lilo. Sambil tu dia tengoklah Mak potong ayam. Sebenarnyakan Mak nih jarang potong ayam dan siang ikan. Apek apek kat pasar dan Abg encem penjual ayam kat tempat Mak nih punyalah baik hati...dengan automatik mereka pasti tulung Mak takik tu semua...

So tak tahulah babah nihkan...bila dia ke pasar mesti dia beli ayam sekor-sekor...aduhai...manalah kita kuat nak memotong dan mengunting ayam tu bang oiiii....dipendekan citer...sedang Mak menyiang ayam tu...anak dara mak nih tunjuk-tunjuklah ayam tu kat kucing kesayangan Mak yang bernama Nur Lilo Bin Muhamad nih lalu berkata..."look mommi's cutting your sedara"....terpekik Mak sekejap! Adek!!!!! hahahahha sampai hati adek ya...mencecet anak den lari dan menjerit 'Sorrry!....hahahahahahahha kejam sungguh anak dara den nih...tergolek-golek den ketawa tengok ayam terbontang cam citer Xmas Mr Bean tu...

Oklah resepinya adalah
setengah ekor ayam sederhana besar di potong kecil
1 sudu rempah kari
1 sudu rempah kurma
1 sudu lada serbuk
1 sudu lada kisar
2 sudu tomato sos lingam
5-6 cili padi
hirisan halia
hirisan bawang dan garlics
kayu manis dan cengkih
titik serai
beberapa biji tomato buah dan daun sop
1 stock chicken knorr
3 sudu besar santan Kara

Gaulkan segala rempah kering, lada kisar dan sosl ingam di dalam mangkuk berisi air...kacau sehingga menjadi paste. Tumis bawang, garlics dan titikan serai...setelah itu masukan kayu manis dan cengkih sedikit sahaja tumis sehingga wangi dan masukan paste tadi dan tumis lagi sehingga naik minyak. Masukan air, cili padi dan tunggu sehingga mendidih dan masukan potongan ayam tadi setalah masak baru masukan santan sehingga mendidih tutup api baru masukan tomato dan daun sop tadi...

Verdict selepas makan nasi suami dan anak-anak saya ambil roti dan cecah kuahnya sehingga licin lalu tamat! Amin....

4 comments:

  1. Bonda...

    Laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...

    ReplyDelete
  2. salam gee,
    hahha..gelak kita bila baca anak dara gee punya telatah..kucing dengan ayam tu sedara sepupu agaknya ya..hahaha

    ReplyDelete
  3. salam ayu

    hahahahahhahahaha aha dia mmg dengki dan jeles gan kucing gemok I tu Ayu...nanti I post gambar kucing orang buleh (matabiru) I tu ya...hahahahahhahahahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...