Wok The Talk...

Showing posts with label Noodles. Show all posts
Showing posts with label Noodles. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Mee Rebus Tetelan

Bila tengok blog puan Geeazmi beliau masak mee rebus tetelan terus lah Mak mengeram kesumat. Mak suka makan tetelan lembu. Malam tadi hah kejung dan panas badan di buatnya banyak makan daging kot? maklumlah badan nih tak terbiasa makan lembu atau kambing sgt... asyik-asyik old stoli-moli seafood jerr... hehehhehe

Tapi puaslah hati Mak dapat makan mee rebus tetelan nih... kebetulan pagi waktu ke pasar bersama Pak Sood terserempak pula kakak ipar. Kakak ipar nih memang lah pakar masak. Menjak dia jatuh sakit dan have to go through dialysis ada payahlah sikit beliau nak mengusahakan acara memasak lagi.


Lalu beliau mengesyorkan Mak buat mee rebus ala kantin pula. Dia kata kantin punya Mee rebus semua orang suka makan sebab tak complex... budak-budak mentelah lagi kalau berhampas tak moh dorang sentuh makanan tu... so Mak pun catit ropanya mudah jerr...

Bahan-bahannya
500g Mee kuning
2 dollar tetelan
(potong kecil sedikit kang meneyerangkah nak menolan LOL)
20sen taugeh
lada hijau
daun sop daun bawang
liamu kasturi
bawang gorengan
asam keping

Bahan kisar
1 dollar udang geragau
4 bawang putih
1 bawang besar
1 inchi kunyit hidup
sedikit halia

Lainnya
3 sudu rempah kari
2 sudu tepung gandum
2 biji kentang rebus di potong dadu
garam gula secukup rasa

Seperti biasa tetelan di rebus sehingga empok. Tumis bahan blender tadi sehingga wangi masukan rempah kari dan kentang rebus serta tetelan lembu tadi. Rebuslah kuahnya sehingga jaya... last saya masukan air tepung gandum... cukup pekat kerana anak saya suka mee rebus pekat-pekat.

Selamat mencoba...

Rumah saya kekurangan cahaya bersinar indah agak payah hendak saya memetik gambar yang terang walaupun di siang hari... takpelah kan camera capuk nih banyak berjasa memetik gambar makanan buat tatapan pengunjung... so jangalah samakan gambar saya dengan gambar orang lain... memasing mempunyai cara tersendiri... macam juga dengan signature dish... ewahhh!

Saturday, December 18, 2010

Garlic Seafood Noodles


Ada masa memang malas sgt makan nasi. Saya suka makan mee...saya nih pecinta carbohydrates! Roti kah? mee kah? nasi kah? Semua adalah makanan kemestian saya...Terus terang apa itu diet?...hihihihi

Saya makan apa sahaja yang ada. Teringin nak makan saya makan cuma moderatelahkan jangan keterlaluan. Saya cuma makan small serving tu jer sejak dulu kalau saya makan banyak siaplah saya takleh bangun kene tidur...hahahaha sebab berat!

Oklah mee garlic nih mudah jerr...saya chop..chop...chop many-many garlic. Saya memang suka after taste bila selepas makan garlics nih...syiok semcam gitu. Saya letak stock chicken, bubuh udang, sotong kalau ada... fish ball dan sayuran, pepper dan sebiji telur di gaul rata itu sahaja lain tarak...simple kan...with 500g mee kuning cukuplah buat kami 4 beranak...tu pun ada belen juga saya simpan sepinggan dalam esbok kalau malam laparo boleh ngap!

Thursday, December 16, 2010

Mee Rebus CurlyBabe!


Mak Peah sungguh berbesar hati dapat resipi ini dari sahabat baik Mak Peah yakni curlybabesatisfaction. Mak Peah rasa inilah resipi saling tak tumpah seperti resipi seperti arwah Mak rasanya persis Dong!. Terimakaseh kerana dapat berjumpa Ayu kembali setelah lama tidak ketemu.

Oleh kerana Mak Peah masak untuk 4 beranak sahaja so sukatan Mak Peah kurangkan sedikitlah ya...

Resipinya 
500g Mee kuning
200g taugeh
200g tetelan berlemak direbus sehingga empok

Resipi asal ada tauchu, tapi kerana suami saya nih agak cerewet beliau tidak suka tauchu maka saya menghaibkannya....kuciwa sebab saya suka tauchu tapi apa boleh buat kan kan...masuk dalam botol jadi orang kuat! hahahahah...

3 sudu besar udang kering di rendam
1/2 inch halia
3 biji bawang putih
I biji bawang besar
bahan di atas ini di kisar
2 sudu sebuk kari
2 batang serai titik
1/2 inchi kunyit hidup titik
1/2 inchi galangal titik (apa nama melayunya ya lupa arr sori)

3 sudu besar corn starch
Gula garam secukup rasa
Air untuk kuah lerr

Saya tidak menumis kerana setelah rebus tetelan tadi...semua bahan saya lebur sahaja. Saya nih adakala rajin adakalanya sembrono juga....hahahahahhahahahah sebab semlm saya pikiran nak gi kelas ngaji tak bawa apa-apa untuk kekelas...last saya memang tak bawak apa-apa lansung!...Sebab memang dah terlalu pikiran sangat...hahahahahhaha

Hiasi Mee rebus dengan telur rebus, lada hijau nih adalah mestikan barulah syiok, bawang goreng dan saya tidak lupa bubuh kicap manis....SYIOK!!! terimakaseh Ayu I luv ya!

Tuesday, November 30, 2010

Mee Soto Mak Peah


Kenapa di namakan Soto Mak Peah sebab Mak Peah suka playcheat... hahahahaha sesuka hati jerr Mak Peah masak soto asal boleh nih. Betul Mak Peah memang suka masak tidak ikut sukatan dah lah tak pakai sukatan betul sesuka hati jerr tukar resepi sesuka rasa. Anak dara Mak Peah sangat suka egg tofu so di goreng lebih dan di makan bersama mee tadi dengan senang lenang...

Tapi alangkah bahagianya Pak Sood sungguh gumbira ria makan sehingga habis. Alhamdullillah dia tidaklah sakit perot...hahahahhahaha malah tidur pun lena sahaja...

Resepinya
6 keping kepak ayam di belah dua
1 bawang besar di hiris
5 ulas garlic di hiris
hirisan halia
1 sudu rempah soto
1 sudu rempah kurma
daun sop daun bawang hiris
garam lada sulah secukup rasa

Tumis dan lebur jerr segalanya masak di api yang kecil. Bila ayam empok dahlah siap...hihihihi.

Ada pula Mak Peah buat bagedil daging. Lupa nak ambil gambar persendirian almaklum dah lapar sangat anak-anak sebelom ke panggung wayang nak menonton HARRY PORTER yang best!

Resepinya
4 kentang di rebus
200 g daging cincang
1 sudu butter
daun soup daun bawang cincang halus
lada sula dan garam secukup rasa
1/2 biji telur...lagi setengah untuk mengoreng...

Hah mudah jerr....campur bahan semua kepal2 dah siap celur telur goreng sahajalah...amin NGAP!

Wednesday, November 24, 2010

Mee Tiau dan Su'un goreng black Pepper


Hah yang ini test coba try punya kes. Black Pepper Singlong dah tinggal sedikit takmohlah simpan-simpankan nanti take up space pula dalam esbok. Tempohari ada buat sambal untuk Yong Taufoo oso duwan lah simpan-siman. Kira ini makan ala 'recycled food' lah...hihihihi pokoknya jangan membazir.

So, potong bawang besar, bawang putih, black pepper sauce dan sambal belen tu...tumis lah sampai cantik dan menawan kalbu. Selepas itu masukan su'un yang telah di rendam terlebih dahulu selanjutnya meetiau lalu gaul rata masukan garam secukup rasa dan sayuran sehingga masak. Tidak lupa sedikit kicap manis menambah rasa. Masak MeeTiau nih sekejap jerr...jgn lupa pecahkan telur sehiji dua dan gaulkan lagi...sehingga cantik dan menyelerakan. Bismillah.

Tuesday, November 23, 2010

Yong Tau foo


Orang melayu memanggilnya yong tauhu. Bila tekak terasa perit dan cuaca very the hot hot summerville makan makanan seperti ini memang bestlahkan segar dan nyaman. sekarang semua serba mudah. Telah siap sedia segalanya. Cuma harus di buat soup sedap sahaja.

Pernah seketika abangngah saya berjualan Yong Tau Foo di gerai makan. Beliau share resepi ini bersama saya, katanya jika hendak membuat soup Yong Tau Foo yang sedap kene kerja lebih sikit. Abang ngah mengunakan kacang soya dan ikan bilis di masak selama 1 hingga dua jam sebagai pati soup.

Jika kita masak hanya untuk empat beranak segengam kacang soya sudah mencukupi serta segengam ikan bilis. Tanaklah air dan bahan tadi sehingga waktu yang di sebut tadi. nak makan di tapis bahan tersebut dan masukan garam, black pepper dan lada sula secukup rasa. Amin dah boleh MAMAM!

Friday, November 19, 2010

Mee Goreng


Seperti biasa sarapan pagi kali ini bertemankan mee goreng. Terus terang jika cuti sekolah para ibu lebih sibuk dari biasa. Anak-anak bagaikan kicauan burung tiong...chit chit chit....Umie lapar! Umie masak apa?...

Jika waktu sekolah waktu begini boleh lah Umie surf internet dengan penoh sukahati. Bersarapan pagi dengan babahnya dan boleh relax buat kerja rumah mengemas dan mengemop. Tapi jika cuti sekolah jadual jadi kelam kabut sedikit. Hampir setiap saat anak-anak kelaparan...hahahahahha kecoh...

Oklah resepi ini mudah dan campak-campak sahaja...

500g mee kuning
100g daging cincang
8 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong di potong
1 sudu besar lada kisar
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1 bawang besar di cincang
3 ulas bawang putih di cincang juga
garam lada sula secukup rasa
sayuran

Tumis bawang besar putih yang di cincang tadi dengan sedikit minyak. Masukan lada kisar tumis sehingga cantik, daging cincang dan air secukupnya. Setelah didih masukan tomato, cili sos serta sos tiram.

Setelah itu masukkan mee kuning udang dan sotong di gaul dan balik-balik sehingga masak...amin dah boleh makan.

Monday, November 15, 2010

Mee Bandung Kualiburuk


Ada yang bertanya busy nah masak-masak...hehehehe saya suka masak dah berbelas tahun berkahwin pun saya masih suka masak. Dulu tak teringat pun nak jadi chef sekarang pun tidak berminat juga. Saya cuma suka masak buat keluarga terchenta saya. Keluarga saya adalah harta saya dunia akhirat.

Dari saya merambu tak tentu pasal waktu suami saya bekerja adalah lebih baik saya layan resepi dan main masak-masak. Saya pun bukan jenis suka keluar rumah. Dah puas saya menyerantau keluar negara dah puas saya bekerja di ceruk rantau dah puas saya melihat dunia. Cukuplah!

Sekarang masanya saya bertugas menjadi tukang masak di rumah sahaja. Jaga 'harta' yang suami amanahkan. dan jangan lah tanya saya kenapa saya tidak letak gambar sebenar? Sebenarnya gambar itu tidak penting, yang penting ada resepi ....hehehehehehe. Suami saya pun telah amanahkan saya menjaga kehormatan keluarga...so paham-pahamlah ya.

Resepi kali ini adalah Mee Bandung. Di temasek Mee Bandung mamak merah menyala kerana mereka mengunakan pewarna merah. Saya tidak berapa minat dengan pewarna merah tu kadangkala dia melekat kat jari-jemari nih berhari-hari pun susah nak di hilangkan.

500g Mee Kuning
200g isi ayam di potong kecil
100g udang juga di buang kulit dan otong kecil
200g sotong di potong
4 sudu besar tomato sos
3 sudu besar chili sos
1 sudu sos tiram
1 sudu besar rempah kurma
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
hirisan halia
1 stock chicken
Sayur sawi kecil yang mungil
telur dan air
minyak untuk menumis
garam dan lada sula secukup rasa

Hiasan daun sop bawang, tomato, hirisan lada dan bawang gorengan.

Semua bahan rencah dan sos tadi di tumis sehingga cantik dan wangi. Masukan ayam di gaul rata sehingga airnya seram pada kuahnya. Apabila kuah telah mendidih setelah itu masukan bahan lain seperti udang cincang, sotong dan juga sayuran.

Last masukan mee kuning tadi. Suami saya suka telur setengah masak. So saya masukan sebiji telur di dalam mangkuknya dan tuang didihan kuah tadi. Selang beberapa minit telur di bawah mangkuk tu pasti akan masak dan kekuningan. Selamat mencoba!

Friday, November 12, 2010

Homemade Ban Mian Noodles


Actually ada dua tiga resepi ban mian kat dalam blog nih akan tetapi semua masak simple jerr...Tapi hari ini Mak Peah masak sungguh-sunguh dan real punya. Kali ini sehingga Ban Miannya pun Mak Peah uli dan potong-potong sendiri ala pasta la vista tau!

Ini resepi memang tak main-main dan cincai bocai. Punya lah sungguh-sungguh..Mak Peah masak hari nih...ntah berapa jenis juadah dengan dim sumnya lagi...lah nih nak siapkan dinner lepas magribh pulak...masakan ala seafood lah seafood sebab babah budak-budak off day lah off day...hihihii

Rich meaty soup ingredients
2 tbsp ikan bilis
2 garlics
1 onion
pounded all the above
1 tbsp sesame oil
salt and pepper
1 stock Knorr ikan bilis (optional)
Shrimps
Minced chicken meat
Vegetables
Sliced shiitake mushrooommmmmzzzzzzzz....
water jangan lupa tau!

Wonton
1 packet of wonton skin
minced shrimps
salt and pepper
chopped parsley

Ban Mian skin
1 1/2 cup of flour
1 egg
a dash of sesame oil
water and salt

Ikan bilis garing bercili sebagai hiasan
How to do? Gaul ikan bilis yang telah di cuci dengan lada kisar sedikit, garam dan gula lebih sedikit maka gorenglah dengan sukahati anda...kruppp!

...the half cook egg is oozing out...

Uli tepung untuk kulit Ban Mian seperti biasa. Gilling sehingga menipis dan potong seperti gambar di atas ini...

Untuk soup pula rencah di tumis dengan minyak yang sedikit, kerana nanti kita akan letak minyak bijan lagi. Masukan kulit Ban Mian let it cook nicely, selepas itu masukan minced chicken, shrimps and stock knorr salt and pepper last sayur...apabila mendidih pecahkan telur sebiji dalam mangkuk makanan anda...bukan di dalam periok...tunggu sehingga mendidih dan tuangkan kedalam mangkuk...biar telur tu masak dalam mangkuk bukan dalam periok....aduh boleh paham tak?...adeh pening Mak Peah tulis pun boleh pening...hahahahhahahahhaha...

Kelam kabut sikit sebab ada sobat yang nak resepi...Mak Peah memang gini suka kelam kabut selalu...hahahhaha phewwww ...pocot jantungku!

Monday, November 8, 2010

Laksa Nyonya versi Kuali Buruk


Anak dara saya selalu ngoyok sahaja. Umie! Adek nak laksa nyonya! Bukan tidak mahu buat tapi ianya sungguh rich in flavour dan bakal menambahkan lemak ketulan di badan kelak...hahahahhaha. Tidak bolehlah di makan selalu. Biasalah budak-budak jika dah suka dia nak makan selalu.

So, tadi pagi sebelom babah dia pergi kerja. Mak Peah pun sediakan ramuannya. Semalam sepulangan dari majlis kenduri kahwin dah ajak babahnya pergi ke Shengshiong untuk membeli udang dan bahan-bahan yang lain.

Pagi ini anak dara melonjak kegirangan...Adek dengar babah cakap ada laksa! Hehehehehehhehe macam dapat hadiah besar lah gitu lagaknya...

Ramuannya
1 bawang besar
3 bawang putih
4 sudu besar udang kering yg telah di rendam
1/2 inchi halia dan kunyit hidup
lada padi ikut kesukaan anda jika nak pedas atau tidak
semua di atas di kisar
2 sudu besar lada kisar

2 sudu besar salmon dalam tin
2/3 santan dalam paket yang besar
1 serai di titik
garam secukup rasa

Mee Spagheti di rebus biasa ( pilihan babahnya)
10 taupuk atau tahu kering yg telah di goreng
2 keping besar fish cake di hiris
10 udang sederhana besar
rebusan telur
Daun kesum dan lada hirisan
taugeh dan mentimun ikut sukarasa

Semua bahan kisar di tumis wangi masukan serai yang telah di titik. Apabila sudah cantik rencahnya masukan air tunggu sehingga mendidih. Masukan taupuk, fish cake tadi setelah mendidih lagi masukan santan pekat kacau rata jangan sampai ia mendidih dan berbuih nanti kuahnya tidak cantik. Kecikkan api dan kacau rata. Setelah masak masukan udang pengabisan dan tunggu hingga masak dan tutup api.

Di hidangkan bersama daun kesum dan taugeh dan hirisan lada atau sambal belacan. Daun kesum mesti ada kalau tidak, tidak merasalah laksa yang sangat best!

Wednesday, October 13, 2010

Kway Teow Goreng...


Hah Kway Teow nih kat Temasek semua orang tahu nak buat. Tapi to my Malaysian frens this is for you.

1/2 kilo kway teow kasar
200gm taugeh
300gm udang besar

2 tbsp udang kering di rendam seketika (di tumbuk kasar)
1 bawang besar hiris
6 ulas bawang putih di cincang
2 sudu lada kisar
sedikit belacan
3 tbs dark sweet sauce
1 tbs kicap cair
1/3 cup air asam
Optional kerang
Lada sula dan black pepper serta garam secukup rasa

Senang jerr bawang putih yang di cincang di tumis sehingga wangi. Masukan semua bahan di atas tumis lagi selepas tu masukan udang masak seketika. Masukan Kway Teow tadi last apabila semua telah sebati baru letakkan kerang yang telah di buang kulitnya. Masak sehingga rata dan taburkan bawang goreng lada sula dan black pepper secukup rasa.

Ada orang tak boleh makan kerang setengah masak nanti boleh cirit-birit. Lagipun memang tidak di galakan sangatlah makan kerang setengah masak nih nanti kene Hepatitis B pulak nauzubillah.

Pesanan Penaja: Makan ikut hati mati Makan ikut rasa binasa Makan free yang paling best! hehehehehehhe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...