Wok The Talk...

Monday, November 8, 2010

Laksa Nyonya versi Kuali Buruk


Anak dara saya selalu ngoyok sahaja. Umie! Adek nak laksa nyonya! Bukan tidak mahu buat tapi ianya sungguh rich in flavour dan bakal menambahkan lemak ketulan di badan kelak...hahahahhaha. Tidak bolehlah di makan selalu. Biasalah budak-budak jika dah suka dia nak makan selalu.

So, tadi pagi sebelom babah dia pergi kerja. Mak Peah pun sediakan ramuannya. Semalam sepulangan dari majlis kenduri kahwin dah ajak babahnya pergi ke Shengshiong untuk membeli udang dan bahan-bahan yang lain.

Pagi ini anak dara melonjak kegirangan...Adek dengar babah cakap ada laksa! Hehehehehehhehe macam dapat hadiah besar lah gitu lagaknya...

Ramuannya
1 bawang besar
3 bawang putih
4 sudu besar udang kering yg telah di rendam
1/2 inchi halia dan kunyit hidup
lada padi ikut kesukaan anda jika nak pedas atau tidak
semua di atas di kisar
2 sudu besar lada kisar

2 sudu besar salmon dalam tin
2/3 santan dalam paket yang besar
1 serai di titik
garam secukup rasa

Mee Spagheti di rebus biasa ( pilihan babahnya)
10 taupuk atau tahu kering yg telah di goreng
2 keping besar fish cake di hiris
10 udang sederhana besar
rebusan telur
Daun kesum dan lada hirisan
taugeh dan mentimun ikut sukarasa

Semua bahan kisar di tumis wangi masukan serai yang telah di titik. Apabila sudah cantik rencahnya masukan air tunggu sehingga mendidih. Masukan taupuk, fish cake tadi setelah mendidih lagi masukan santan pekat kacau rata jangan sampai ia mendidih dan berbuih nanti kuahnya tidak cantik. Kecikkan api dan kacau rata. Setelah masak masukan udang pengabisan dan tunggu hingga masak dan tutup api.

Di hidangkan bersama daun kesum dan taugeh dan hirisan lada atau sambal belacan. Daun kesum mesti ada kalau tidak, tidak merasalah laksa yang sangat best!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...