Wok The Talk...

Thursday, November 18, 2010

Lontong Moderen versi Kuali Buruk


Semalam pagi-pagi Mak Peah dah siapkan lotong dan sambal sotong kembang semangkuk. Pagi semalam juga selepas Pak Sood balik sholat raya pastu kami makan, terus ke tanah perkuburan jengok mak gan abah. Mak gan Abah Mak Peah dah lama berpulang. Begitu juga dengan mak gan bapak Pak Sood. Kami ini berdua dah agak lama juga jadi anak yatim 'piano'. Kami sekarang kalau pergi beraya pun pergi rumah kakak dan abang sahajalah yelah sebagai anak yang bongsu kenelah kita melawat saudara yang lebih tua.

Sebenarnya kami coba tahankan hati pabila sampai di 'rumah' mak abah. Tapi apakan daya kami ini insan biasa, rindu membara melihat pusara ayahbonda membuat kami terisak jua walaupun telah lama mereka berpulang. Sempat kami bacakan yassin dan beraya dengan ayah bonda walaupun hanya di pusara. Anak remaja Mak Peah tidak sempat melihat mereka. Yang sulung pun ketika itu baru berusia setahun sudah tentu tidak kesampaian bermanja dengan atok dan neneknya.

Tapi mereka jua mengalirkan airmata kesedihan. Menziarahi pusara memang saat paling emosi, Mak Peah pesan gan anak-anak hidup manusia tidak kekal lama akhirnya akan berpulang dan di kuburkan juga satu hari nanti, kesimpulannya kita tidaklah boleh hidup dalam kemegahan dunia...semuanya hanya sementara sahaja. Moga anak-anak Mak Peah dapat menghayati dan mengambil iktibar di saat menziarahi pusara.

Baiklah takmoh  citer sedih terus...karang Mak Peah tak masak dan semua kelaparan...hihihi...
Lontong Mak Peah simple sahaja Lontong moderen buat santapan bagi pasangan seperti kami.

Lontong Adabi paling mudah di masak setelah di rebus untuk memotong dengan mudah masukankan lah dalam esbok dahulu selama 30minit sehingga 1 jam. Jangan panas-panas di potong hancur jadinya nanti...tu jerr trick kami, mudah bukan?

Bahan-bahannya
Sayur kobis di hiris
Kacang panjang di potong tirus
sengkuang cina di hiris
1 keping besar tahu di potong 6 dan 2 keping tempe di goreng membar sahaja
1 batang serai di titik
Santan Kara satu paket kecil sahaja
(masak sedikit sahaja untuk santapan kami makan 4 beranak)

Buat rencahnya Mak Peah mengunakan udang kering, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih sedikit, lada kering yang di rebus dan di blender semuanya. Mak Peah blender lebih sedikit kerana kisaran ini akan Mak Peah buat sambal sotong kembangnya.

Buat sambal Sotongnya Mak Peah selalu rebus sedikit sotong kembangnya takut berbau abu chang. Mak Peah jarang beli Sotong kering sebab nanti di rendam dengan abu chang baunya kuss mangat. kucing Mak peah lilo pun boleh pengsan sekejap. So, selalu Mak Peah beli di pasar yang telah siap kembang tapi bila pulang Mak Peah tetap rebus sekejap...

So cara menumis sambal sotong sama sahaja...bahan-bahan di tumis garing...selepas itu masukan air asam tanak sehingga cantik baru masukan sotong tadi. Mak Peah selalu masukan air lebih sedikit lalu memasak sambal sontong sehingga agak kering, kerana sotong ini mengambil masa agak dalam 30 jam baru cantik dan lembut.

Untuk hidangan lontong Mak Peah suka makan bersama serunding udang kering dan sambal sotong kadangkala bagedil. Nanti bila Mak Peah ada kelapangan Mak Peah akan buat resepi serunding udang kering pula ya...sebab stock serunding Mak Peah masih ada...insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...