Wok The Talk...

Tuesday, November 16, 2010

Tulang Sup Merah


So far alhamdullilah tidaklah pening ke apa?...Cuma tidaklah masak selalu kekadang jerr bila anak-anak minta dua bulan sekali oklahkan. Kalau beli kat luar pun kalernya merah dahsyat. Anak-anak tak suka. So terpaksalah buatkan juga...kata arwah mak saya kalau anak dah mintak buatkan sajer....

Resepinya sama jerr dengan yang Sup tulang lutut kambing itu hari cuma versi kali ini 2 kg jerr.

Bahannya untuk 2 kilo tulang kambing
3 bawang merah
2 bawang putih
1 inchi halia
1 inchi kunyit
1/2 cawan udang kering
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos chili
2 tomato buah di belah-belah
2 sudu lada kisar
2 sudu besar rempah kurma
blender semuanya 
daun sop daun bawang

Rebus tulang selama 1 setengah jam (Mak Peah mengunakan periok Amway Queen so close tight) cepat sikit masaknya kalau tidak makan masa juga. Mak Peah buang minyak-minyak yang timbul di permukaan setelah itu masukan segala rencah yang telah di blender tadi lebur jerr...takde tumisan lansung. Masak another 30- 40 minutes apabila tengok kuahnya dah cantik masukan 2 biji telur dan kacau selepas itu matikan api bolehlah di hidangkan makan cicah roti lah roti....

6 comments:

  1. oooo camtu sup tulang merah hmmmm...

    ReplyDelete
  2. kalau orang india kat sini depa pakai pewarna merah Aeini...

    ReplyDelete
  3. sedappnyeeee... tgh lapa ni... nak g cari makanan la pasni..hihi

    ReplyDelete
  4. Dory lom makan lagi dah kul bape nih...

    ReplyDelete
  5. Cedapnya Mak Peah ...

    Ida tunggu Mak Peah antor kat rumah ida sikit eh

    p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha Mak Peah darling

    ReplyDelete
  6. heheheh Selamat Hari Raya AidilAdha buat Ida tersayang serta keluarga...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...