Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Monday, November 8, 2010
Cucur Tumis Belachen!
Resepi asal adalah dari Puan Sri Yaya yang gemar berkongsi idea dan resepi bersama kami melalui resepi untuk sayang. Hehehehe kan kami dah kata kami ada dua blog. So sesiapa yang nak adakan dua blog tu silakan. Kami alu-alukan tidak kene sembarang charges pun...tak mahal free sahaja.
Marilah kita menuju jalan bahagia bersama keluarga tercinta dengan besuka-ria masak memasak dan makan memakan.
Resepi Mak Peah memang cedok direct dari blog Puan Sri Yaya. TerimaKaseh Puan Sri Yaya I luv ya...mwahhh...
Ramuan cucurnya
2 cawan tepung gandum
sebiji telur ayam
air dan garam seckup rasa
Setelah di buat cucur seperti biasa selepas itu di gunting-gunting agar comel.
Bahan Menumis
1 Bawang besar di hiris
3 ulas Bawang putih juga di hiris
Sambal belacan
(dalam esbok Mak Peah sambal belacan tidak pernah lepas)
Kali ini Mak Peah mentel sedikit lalu mengunakan satu sudu besar petis
Lada merah di hiris
Semua bahan setelah di tumis masukan cucur yang telah di gunting dan gaul rata.
Cucur adalah satu makanan santai kegemaran anak-anak Mak Peah...so sebagai tambahan Mak Peah goreng fish fingers, lalu Mak Peah gunting-gunting juga lalu di campurkan untuk menambah rasa kanak-kanak.
Sekian terimakasih.
Labels:
snacks and desserts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment