Saya sengaja tukar namanya, kerana resepi asal mengunakan cik bibah gebus. Mak Peah memang suka mencoba sesuatu yang baru. Ini adalah yang kali ketiga Mak Peah usahakan Siu Mai nih.
Kalau di beli di luar memang ada halal pun tapi kecik jerr dah di jual 60-80 sen seketul kalau beli seploh dah berapakan...?
Anak-anak pun makan tak puas...so Mak Peah selalu pergi kedai 'cik abg ayam' selalu mintak dia kisarkan isi ayam setengah kilo baru $4, dan kulit wonton pula baru 50 sen dalam 20 keping. Dan belilah sedikit water chesnut ala bape sen jerlah...
Isi ayam $4 tu pun bukan guna semua pun, Mak Peah gunakan separuh jerr. Cuma tambahkan lah bahan lain...masaalahnya bukan kedekut nak makan luar tapi lebih kepada minat membuat dan makan bersama seisi keluarga itu yang lebih penting. Muhibbah!
Cara membuatnya
8 keping kulit wonton persegi
250g isi ayam di cincang
3 tbsp corn flour
3 - 4 butir water chestnut di cincang halus
daun soup bawang juga di cincang halus
1/2 biji telur
garam dan lada sula secukup rasa
a bit of black pepper juga jika suka...
Gaul semua bahan tadi dan perapkan sebentar dalam peti ais. Agak-agak dah bersiap sedia nak makan maka balutlah ayam tadi dengan kulit wonton. How to balut? Kita gunalah daya visualisation kita ...punjut-punjut jerr dah ok pun...
Sudah siap kukus selama 15-20 minutes...jangan terlalu lama kerana nanti kulit wontonnya keras pula ajaibkan kulit wonton bleh jadi keras?...I oso dunno why lah...hihihihihi
Cara memakannya : Paling sedap di cecah cili sos atau sambal nasi ayam yakni lada. bawang putih di kisar taruk gula dan sedikit cuka (masak ya) dan juga cicah dengan black sweet sauce...NYUM!
No comments:
Post a Comment