Wok The Talk...

Monday, November 1, 2010

Ketam Goreng Quacker Oats


Selalunya udang yang Mak Peah goreng begini. So anak dara Mak Peah syorkan supaya kita coba ketam pula. Kebetulan ketam yang di beli kecil-kecil itu pun apek pasar pujuk Mak Peah beli ketam kecil-kecil ini dengan harga yang berpatutan dan apek dengan murah hati bagi ketam agak banyak juga. Entah apalah angin apek pasar tu baik sungguh dengan Mak Peah.

Kali ini Mak Peah gunakan banyak bahan instant. Sebab belom sempat lagi nak top-up barangan dapur sepenuhnya.

Verdict: Anak-anak serta bapak budak berebut-rebut kesukaan kerana ianya ranggup dan sgt enak! Cobalah...mungkin saya akan beli soft shell crab untuk di buat begini...mesti lagi enak rasanya...

Bahan-bahannya
Ketam di goreng setelah di gaul bersama tepung ayam insant berbijan

Bahan tumisan
2 ulas bawang putih di cincang
lada merah di hiris
1 sudu besar butter
pepper
2 packet instant quaker cereal ( di dalamnya dah siap gula garam dan susu tepung)

Setelah ketam di goreng tumis bawang putih berserta butter, kemudian gaulkan ketam goreng tadi sehingga rata bersama butter tadi, lali masukan pepper and salt secukup rasa. Apabila yakin butter telah selaputi seluruh ketam gorengan tadi masukkan 2 packet instant quaker cereal tadi dan hirisan lada merah gaul sehingga rata. Api haruslah kecil sahaja kerana cereal amat mudah hangus.

Selamat mencoba...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...