Apabila Mak Peah menjengok resepi di Tiffinbiru ada sehhhhh! Alhamdullillah tercapai impian Mak Peah nak makan kuih yang sedap ini. Ini memang kuih orang dedululah. Taste Mak Peah nih memang taste classic dan antique. Mak Peah sangat suka kuih yang berbungkus daun pisang dan kuih-kuih yang berkukus. Sungguh suka sekali.
Baiklah seperti biasa Mak Peah nih suka bikin sikit jerr agar tidak membazir dan selalu tidak mengikut sukatan orang lain, makanya ikut sukatan sendiri jerr lah yang santai.
100 g sago biji di rendam 1-3 jam (enam keping ikut acuan Mak Peah)
2 sudu besar kelapa parut
garam gula secukup rasa
sehelai daun pandan untuk di masukan dalam kukus
Setelah sago di toskan gaul lah sago tadi bersama kelapa parut dan garam gula secukup rasa lalu di bahagi tiga yang tidak sama rata, kerana mak peah buat warna hijau dan pink dan juga putih cikunun nak ikut tiffin biru. Di TiffinBiru kuihnya cantik gila...tapi tulah kita nih kan bukan tera buat kuih sangat so ikut rentak sendiri jerr...hihihihi.
Sukatan tersebut bagilah warna yang menarik hati anda. Kukus seperti kukus kuih lapis lah gitu. Setiap warna di kukus selama 10 minutes dan seterusnya. Setelah masak biarkan ianya sejuk seketika sebelom makan.
I would vote 100% lah kuih ini sungguh sedap dan lembut. So, bolehlah di buat santapan waktu pergi kelas agama kelak dan jika ada kenduri atau majlis bolehlah jemput Mak Peah nanti saya akan bawa kuih ini bersama...lalu kita boleh bersama NGAP!
Ada seorang sabahat di Facebook tanya macammana nak beli kukus cam awak punya comel lah...sebenarnya susah saya nak jawab kukus nih tidak ada dijual di kedai biasa kene order. Suami saya beli khas satu set dengan periok belangah serta kuali besar semua dia beli dari satu jenama dan harganya tidak payahlah saya nyatakan di sini nanti. Ini adalah hadiah istimewa perkhawinan saya dengan hubby saya lima tahun dahulu...ianya sungguh practical kerana saya mengunakan segalanya hampir setiap hari sungguh berkat. Terimakasih babah.
salam mak peah cantik betul kuih sago ni..
ReplyDeleteaahlah kita pun bekenan dengan tempat kukusan tu..
at least kalau tak keberatan brand apa boleh kita tau?....
Salam Ayu...tu set Amway yang...dulu somi Mak Peah beli masa jadi members...skrg dah tak lagi...dia satu set yang...periok belangah semua alumium tebal dan tahan lama...
ReplyDeleteharap sampai ke anak dara mak peha lah nanti...