Wok The Talk...

Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

Kuih Bakar Berlauk


Ini adalah permintaan abang-abang Mak. Dulu pernahlah bikin tapi dah lama juga... mak pun dah lupa bila. Tapi kerana acuan Mak telah hilang di sambar ngak tahu sape ya?... Mak terpaksa pinjam acuan kakak Mak yang pakar bikin kuih.

So tadi Mak bikin dengan tekun... tapi Mak taklah bakar atas api... hahahahha seperti biasa Mak playcheat... tak kuasa mak nak berganggang atas api dan nak bertutup bagai nak tunggu masak... kang bawah kuih tu terbako berlubang dan hanguih!... so, Mak masuk jerr dalam oven cepat, mudah da timer lagi!

Mak ada simpan buku resipi lama dulu buku cover keras tu... buku tu dah mula di makan dek latat... congkah-mangkih Mak tulis asal boleh ntah resepi dari mana-mana... mungkin sepanyol...afrika....uganda..ntahlah dah lufer samasekali.

Sodang dok belek-belek tu tetiba ada silverfish terpelanting buku tu jatuh... Mak takut gan silverfish nih....ngeri siot! Then Mak terjumpalah Pak Ismethnya resipi di FBnya... nkorang boleh ikut cara Pak Ismeth nih lebih best kot. SubhanaAllah ini pak Ismeth memang tak lokeklah dengan resipi... santai dan best mudah jerr so Mak combined resipi... lebih-lebih lagi bab mentega tu dan sukatan yang berlainan sedikit... ikut buku lama Mak...


Seperti biasa Mak tukar orang punya resipi sikit jerr tak banyak sikit jerr...hihihihi...  I normally follow my intuition dalam masak memasak.

Bahan-bahannya
500mlm santan Kara
400g tepung gandum
4 biji telur besar
2 sudu planta
air secukup (agak jangan terlalu cair atau terlalu pekat)
garam dan lada sula secukup rasa

Intinya
300g daging cincang
4 biji garlic hiris halus
6 biji bawang kecil hiris halus
1 sudu rempah kari
1 sudu lada kisar (optional)
2 sudu besar udang kering (rendam dan kisar)
hirisan lada merah secukupnya
parsley hiris halus (kali ini kurang sebab takde stock coti CNY dah)


Caranya
Tepung, telur, butter, santan, garam dan lada sula di gaul sehingga menjadi batter. Setelah di gaul rata saya masukan bahan ini ke dalam blender dan putar-putar kasi halus dan cantik, sebagaimana saya melakukan untuk membuat roti jala. Mudah bukan? Sesudah ianya tidak bergentel saya tambahkan air kacau lagi sehingga batternya nampak elok tidak pekat dan terlalu cair. Kenelah agak-agak ya...susah saya nak terangkan sukatan metric airnya. Fhening!

Cara membuat intinya
Tumis bawang, garlics, udang kering kisar dan lada kisar sehingga cantik masukan daging cincang tadi bersama rempah kari. Setelah hampir kering masukan hirisan lada masak sehingga cantik berseri. Angkat dan masukan chopped Parsley.

Please pre-heat oven at 220ÂșC together with the acuan using the lower burner. Sapu acuan dengan butter atau minyak masak mengunakan daun pandan agar wangi. Bakar kuih hanya selama 10-12 minutes sahaja. Mengunakan lidi satay untuk mencungil kuih tersebut....oh sangat mudah.

Tapi lain oven lain kerenahnya... adjust accordinglylah ya...

Mak malas nak susun-susun parsley gan lada cantik-cantik kat kuih bakar... sebab Mak nak cepat ada doa selamat tadi selepas sholat jumaat... mak campurkan sekali gus...jika anda telaten dan ada masa buatlah cantik-cantik ya...

Thursday, November 25, 2010

Cucur Bilis


Adakala kita makan cucur ikan bilis kalau tidak ranggup tak berapa nak bestlahkan. Ada yang tanya camne nak bikin yang ranggup dan syiok?! sebenarnya senang jerr...rahasianya baking powder...

Tapi cucur atau jemput-jemput sebutan orang temasek nih tak bolehlah makan selalu. It's so oily nanti batuk ehem...ehemmm pula....ahahahahha nanti dah kene pergi doktor! Pak Doktor nak cucur ikan bilis?....Mesti nak punya...hihihi

1 1/2 cup self raising flour
2 eggs
1/2 cup ikan bilis
1 bawang besar di cincang
1 biji lada di hiris
daun sop dan bawang di hiris
1/2 teaspoon baking powder
garam secukup rasa

Ikan bilisnya Mak Peah selalu goreng dahulu, supaya nanti akan ranggup juga. So, semua bahan tadi di gaul rata except ikan bilis. Biarkan sementara 5-10 minutes. Panaskan minyak apabila kita scoop cucurnya barulah letak ikan bilis ranggup tadi...kalau malas ahh masukan semua sekalilah...habis citer...LOL

Apabila di goreng di suhu minyak yang agak panas...cucur bilis akan menjadi gelombong cantik dan ranggup rasanya...Yeebaariibaaaaaa.....

Friday, November 12, 2010

Kuih Sago

Mak Peah memang dah lama teringin sangat nak makan kuih sago nih. selalu nampak juga kat Bengawan Solo. Tapi al maklumlah bengawan solo belom masuk 'islam' so tengok jerlah kan.

Apabila Mak Peah menjengok resepi di Tiffinbiru ada sehhhhh! Alhamdullillah tercapai impian Mak Peah nak makan kuih yang sedap ini. Ini memang kuih orang dedululah. Taste Mak Peah nih memang taste classic dan antique. Mak Peah sangat suka kuih yang berbungkus daun pisang dan kuih-kuih yang berkukus. Sungguh suka sekali.

Baiklah seperti biasa Mak Peah nih suka bikin sikit jerr  agar tidak membazir dan selalu tidak mengikut sukatan orang lain, makanya ikut sukatan sendiri jerr lah yang santai.

100 g sago biji di rendam 1-3 jam (enam keping ikut acuan Mak Peah)
2 sudu besar kelapa parut
garam gula secukup rasa
sehelai daun pandan untuk di masukan dalam kukus



Setelah sago di toskan gaul lah sago tadi bersama kelapa parut dan garam gula secukup rasa lalu di bahagi tiga yang tidak sama rata, kerana mak peah buat warna hijau dan pink dan juga putih cikunun nak ikut tiffin biru. Di TiffinBiru kuihnya cantik gila...tapi tulah kita nih kan bukan tera buat kuih sangat so ikut rentak sendiri jerr...hihihihi.

Sukatan tersebut bagilah warna yang menarik hati anda. Kukus seperti kukus kuih lapis lah gitu. Setiap warna di kukus selama 10 minutes dan seterusnya. Setelah masak biarkan ianya sejuk seketika sebelom makan.

I would vote 100% lah kuih ini sungguh sedap dan lembut. So, bolehlah di buat santapan waktu pergi kelas agama kelak dan jika ada kenduri atau majlis bolehlah jemput Mak Peah nanti saya akan bawa kuih ini bersama...lalu kita boleh bersama NGAP!

Ada seorang sabahat di Facebook tanya macammana nak beli kukus cam awak punya comel lah...sebenarnya susah saya nak jawab kukus nih tidak ada dijual di kedai biasa kene order. Suami saya beli khas satu set dengan periok belangah serta kuali besar semua dia beli dari satu jenama dan harganya tidak payahlah saya nyatakan di sini nanti. Ini adalah hadiah istimewa perkhawinan saya dengan hubby saya lima tahun dahulu...ianya sungguh practical kerana saya mengunakan segalanya hampir setiap hari sungguh berkat. Terimakasih babah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...