Resepi Ayam ini sebenarnya resepi Mak Andak kepada suami saya yang menetap di Gelang Patah Perkampungan Bugis. Apabila kami berkunjung kerumah beliau ketika itu, saya rasa Ayamnya sungguh enak dan berlainan rasa sama sekali dengan Ayam goreng biasa.
Tanpa malu dan segan saya bertanyakan ramuannya. Mak Andak dah tua orangnya waktu itu sudah hampir 70 lebih tahun tapi masih tegap dan sungguh rajin sekali. Beliau masih mengambil upah menjahit baju kurung. Orangnya kecil molek sahaja.
Beliau menerangkan bahawa Ayamnya di perap dengan air kelapa buat seketika dan di masukan esbok. Setelah itu kelapa yang di parut di buat kerisik 'membar' maknanya jangan sampai keluar minyak. Sedang-sedanglah kan kata orang kita. Rempah ratusnya seperti bawang kecil, halia, kunyit hidup, ketumbar jintan di tumbuk halus lalu di gaul rata bersama kelapa kerisik membar tadi berama Ayam yang telah di tapis dari perapan air kelapa.
Setelah di gaul dengan rempah ratus di perap lagi untuk seketika sebelom mengorengnya. Mak Andak mengunakan minyak kelapa untuk mengoreng. Tapi oleh kerana saya tiada minyak kelapa saya gunakan minyak bijan sebagai ganti.
Hasilnya memang seakan Ayam Goreng Mak Andak. It has a very classic taste. Saya dan suami suka tapi nak membuatnya memanglah lecehkan...sesekali bila rajin boleh lah buat...Selalu?! hehehehheeh tak larat lah...walaupun sedap dan nikmatnya tak terhingga...
membar kerisiknya ya.... akan ku cuba...
ReplyDeletemembar-membar jgn garing tau...
ReplyDelete