Ada yang bertanya busy nah masak-masak...hehehehe saya suka masak dah berbelas tahun berkahwin pun saya masih suka masak. Dulu tak teringat pun nak jadi chef sekarang pun tidak berminat juga. Saya cuma suka masak buat keluarga terchenta saya. Keluarga saya adalah harta saya dunia akhirat.
Dari saya merambu tak tentu pasal waktu suami saya bekerja adalah lebih baik saya layan resepi dan main masak-masak. Saya pun bukan jenis suka keluar rumah. Dah puas saya menyerantau keluar negara dah puas saya bekerja di ceruk rantau dah puas saya melihat dunia. Cukuplah!
Sekarang masanya saya bertugas menjadi tukang masak di rumah sahaja. Jaga 'harta' yang suami amanahkan. dan jangan lah tanya saya kenapa saya tidak letak gambar sebenar? Sebenarnya gambar itu tidak penting, yang penting ada resepi ....hehehehehehe. Suami saya pun telah amanahkan saya menjaga kehormatan keluarga...so paham-pahamlah ya.
Resepi kali ini adalah Mee Bandung. Di temasek Mee Bandung mamak merah menyala kerana mereka mengunakan pewarna merah. Saya tidak berapa minat dengan pewarna merah tu kadangkala dia melekat kat jari-jemari nih berhari-hari pun susah nak di hilangkan.
200g isi ayam di potong kecil
100g udang juga di buang kulit dan otong kecil
200g sotong di potong
4 sudu besar tomato sos
3 sudu besar chili sos
1 sudu sos tiram
1 sudu besar rempah kurma
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
hirisan halia
1 stock chicken
Sayur sawi kecil yang mungil
telur dan air
minyak untuk menumis
garam dan lada sula secukup rasa
Hiasan daun sop bawang, tomato, hirisan lada dan bawang gorengan.
Semua bahan rencah dan sos tadi di tumis sehingga cantik dan wangi. Masukan ayam di gaul rata sehingga airnya seram pada kuahnya. Apabila kuah telah mendidih setelah itu masukan bahan lain seperti udang cincang, sotong dan juga sayuran.
Last masukan mee kuning tadi. Suami saya suka telur setengah masak. So saya masukan sebiji telur di dalam mangkuknya dan tuang didihan kuah tadi. Selang beberapa minit telur di bawah mangkuk tu pasti akan masak dan kekuningan. Selamat mencoba!
No comments:
Post a Comment