Sebenarnya pada hari Jumaat lepas saya serta keluarga memang sibuk buat dimsum dan menikmatinya. So untuk reseinya terpaksa saya buat satu persatu agar tidak kompius.
Resepi intinya
1 paket kulit wonton (16-20 pieces)
Udang di kopek kulit dan di cincang halus
1 biji bawang putih di tumbuk halus
daun sup di cincang
1 teaspoon minyak bijan
garam dan lada sula secukup rasa
waterchesnut di cincang juga optional
Jika anda suka waterchestnut bolehlah ambil seketul dua di cincang sama dan gaulkan semua bahan tadi dan di bunjutkan bersama kulit wonton tadi lalu di goreng dengan minyak yang agak panas dan banyak.
Oleh kerana hari jumaat lepas adalah hari dimsum dan seafood day maka seterusnya saya buat Dimsum yang sama bahan isinya dengan wonton tapi mengunakan kulit dimsum ianya mudah di buat tapi kerana bekas kukus antic saya agak kecil dan anak-anak saya pula tidak sabar nak makan makanya saya letak semua dalam kukus....hihihi ada yang merekah tapi tidak mengapa masuk mulut ngap sahjerlah...
Cara membuat kulit Dimsum nih agak berlainan sedikit dari biasa. Ia mengunakan air panas. Ambil secawan air dan didihkan lalu apabila sudah agak-agak suam sedikit masukan kedalam 1 1/2 cawan tepung Dimdum nih dan gunakan sudu untuk mengaulkannya. Jangan terus menerus menguli melecur tangan nanti...hihihi...tunggu sebentar agak-agak suam ulilah dan making a dough dan giling...
Perlu di ingatkan ini adalah diari masakan saya sehari-harian tanpa rasa terpaksa, tertekan dan janganlah berasa stress apabila membacanya kerana saya memang suka masak macam-macam hari-hari...hihihi
tampak sedap sesangat.. oh tidak...!!! kene pi shogun ni
ReplyDeleteIda tertekan ni Mak Peah..
ReplyDeleteSangat sangat tertekan... stress tahap gaban..sebab ida suka makan ni
Mak Peah pun suka sangat makan nih tu pasal buat sendiri...nak dok kat kedai makan malu kat rumah bleh pakai totpants...LOL
ReplyDeletesusah nak dptkan tepung dimsum nie..(^_^) boleh share mne leh dptkan nya
ReplyDelete