Oleh kerana salah seorang abg ipar saya berbangsa cina. So, saya mengambil peluang bertanya tips masakan orang-orang cina. Tip masakan orang cina selalunya berkisar antara halia dan garlics...they used lots of them. Tidak lupa sauce-sauce hampir kesemua masakannya banyak terdapat unsur bersauce dan minyak bijan.
So bahan-bahannya
3 ekor ketam sederhana besar (di potong dua)
1 inchi hirisan halia
8 ulas bawang putih di cincang
1 sudu besar lada kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar chilli sos
1/2 sudu kecil kicap cair masin
1/2 sudu kecil kicap pekat manis
2 tablespoon air asam
1 sudu minyak bijan
1 biji telur
Parsley, chili api dan bawang goreng
lada sula seckup rasa
Caranya.
Ketam terlebih dahulu di goreng seketika di dalam minyak yang sangat panas dan agak-agak bertukar warna kulitnya angkat dengan cepat. Adakala saya kukus ketam, tapi perlu di ingatkan jangan merebus. Merebus ketam akan membuat isinya kecut.
Tumis bawang putih yang banyak tadi sehingga garing. Selepas itu masukan halia, terus menumis sehingga wangi tapi jangan kehitaman. Masukan kesemua lada kisar, tomato sos, sos tiram dan sauce-sauce lainnya tumis sehingga mendidih.
Masukan ketam tadi dan gaul rata masukan minyak bijan satu sudu makan tadi. Masukan air asam dua sudu tadi dan gaulkan lagi sehingga sebati agak-agak dah cantik rata masukan sebiji telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan gaul lagi masukan chili api dan parsley. Saya tidak mengunakan garam kerana sauce tadi telah mempunyai manis, masin dan masam dari bahan tadi.
Siap untuk di hidangkan jalan lupa taburkan bawang goreng lagi bertambah enak rasanya.
sedapnye mommi.. sungguh menyelerakan..macam xsusah je nak masak ni.. boleh la try.. hihihi
ReplyDeletetak susah lah Dory...sure can one! Cayalah!
ReplyDelete