Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Saturday, November 6, 2010
Sambal Sotong Sos Tiram
Sotong yang segar akan kelihatan cantik apabila di masak. Mak Peah kalau ke pasar tengok sotong lain macam ada buih-buih Mak Peah seram nak beli. Maklumlah terdapat propaganda yang mengatakan bahawa para penjual ikan di pasar akan meletakan sejenis bahan untuk pengawetan agar sotong tampak segar dan tahan lama walluallam.
Adakala memang apabila kita pegang sotong tu kita dapat merasakan kelicinan yang terlampau dan air takungan sotong yang berbuih-buih. Mencuakkan lagi sanubari kita...hahahhahha paranoia lah kekadang kan...
Ok lah
Sotong sederhana besar 3 ekor di hiris
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
5 tangkai lada merah
Sedikit kunyi hidup
sedikit belacan
Semua bahan di atas di kisar.
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap pekat manis
garam dan lada sula secukup rasa
1 hirisan lada merah
daun sop penghias
Seperti sedia maklum bahan asas seperti bawang besar, bawang putih dan halia adalah ramuan penting. Selalunya jika tiada halia masakan ok juga...tapi saya lebih suka berhalia sedap dan terasa. Semua bahan di tumis sehingga garing dan wangi last baru masukan sotong di balik apabila nampak telah masak dengan pantas di matikan api. Sotong kalau di masak lama sangat akan mengecut dan kenyal semacam rubber band...hihihihihihi
Labels:
dishes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment