Kuih Apam ini tidak bolehlah saya ambil credit sepenuhnya. Kerana ianya INSTANT...hihihi.
Di Temasek tentu ramai yang telah mengetahui mengenai kedai yang menjual barangan membaking yakni Phoon Huat. Bila cuti sekolah bermula, Mak Peah akan bergegas register diri mempelajari selok belok membuat kek, kuih muih dan sebagainya. Al Maklumlah inilah masa keemasan menimba ilmu.
Ya, mempelajari cara memasak dan membaking juga adalah ilmu yang sangat baik buat seorang isteri dan ibu kepada anak-anak cumil yang sedang membesar.
Sukatan dan cara membuatnya tertera di belakang paket tersebut. Di Jamin Halal oleh MUIS tertera di tepi packet.
Dan apabila Mak Peah ke dapur untuk memasak dinner. maka kejadian terlepas pandang tidak berakhir di situ...malah lebih menakjubkan!...silalah lihat hasilnya dia bawah ini...
Mak Peah jua sungguh tertarik dengan cara kehidupan orang Jepun khasnya, Makanan di hias begitu indah kerana pada mereka makanan adalah keperluan harian untuk hidup, jadinya mereka amat menitik beratkan cara penyempurnaannya dan juga ianya harus di nikmati dengan penuh berseni.
Orang-orang Jepun tidak memperlekehkan segalanya. Sifat telus saling hormat menghormati sesama manusia, menghayati dan menjaga alam semulajadi, hidup penuh bertradisi dan memberi tumpuan utama dalam permakanan sehat berserta daya kreatif yang tinggi. Ia merangkumi aspect kehidupan yang mulus dan di segani.
Yelah, Mak Peah sebok bercerita ini sebab dulu masa 'zaman jepun' hahahahahahha....Mak Peah dah pernah pergi ke sana bukan Mak Peah suka berbual kosong jer. Yang Nyata, Mak Peah sungguh mengagumi peradaban mereka mengenai kehidupan.
Baiklah pot pet pot pet jer Mak Peah pepagi hari....So! hari ini nak masak ya... yang bestnya?...hihihihi
wow!!! terus berselera tgk so cantik!!
ReplyDelete