Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Friday, November 12, 2010
Pais Ikan Tenggiri
Di sini agak susah nak carik ulaman. Hampir tidak ada di kawasan rumah Mak Peah. Oleh kerana teringin sangat nak makan pais ikan tenggiri dan pula lama betul tak makan...so Mak Peah pergilah pasar mencari ikan tenggiri segar.
Alhamdullillah ikan tenggiri mudah di dapati tapi ada dua jenis ikan tenggiri. Yang Mak peah gunakan adalah ikan tenggiri batang kata apek kerana isinya mengkal dan cantik.
Resepi untuk dua bungkus pais
Dua keping ikan tenggiri
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 inchi halia
1 inchi kunyit hidup
1 batang serai
2 helai daun limau
setengah daun kunyit
sedikit daun kari
8 lada padi (jika suka pedas boleh tambah lagi)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 cawan kelapa parut (malangnya kelapa parut yang saya beli sudah kering)
garam dan gula secukup rasa
sedikit belacan (optional)
daun pisang untuk di bungkus
Cara Mak Peah senang jerr semua Mak Peah blender jerr kasi halus...lalu bungkus dalam daun pisang dan kukus. Jika Mak Peah tahulah kelapa parut itu kering sangat, Mak Peah pasti bubuh sediki santan dalam bungkusan sebelom kukus. Tidak mengapalah esok lusa boleh buat lagi...yabedabeduuu ikan tenggiri masih ada dua keping lagi...
Esok Mak Peah di ajak jalan-jalan oleh babah...mungkin tak masak...mungkin juga masak bekpas jerr...tapi tidak mengapa menu hari ini adalah dimsum dan seafood.
Gambarnya belom Mak Peah upload lagi insyaAllah nanti balik mlm esoknya Mak Peah update ya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment