Wok The Talk...

Wednesday, November 3, 2010

Nasi Ayam Hainanese ala Kuali Buruk...


Sudah beberapa kali saya buat nasi ayam ini. Kali ini lupa Mak Peah nak buat sambal cukanya dan tumbukkan halia. Aduhhh dah times up untuk babah pergi kerja. So pakai jerr sos lingam yang tak seberapa itu, tanpa tumbukkan halia yang sangat best...lenkali lah ya.

Maklumlah hari rabu agak kelam kabut sikit byk aktiviti sampingan dan suami Mak Peah masuk kerja cepat sikit dari hari biasa. Dahlah tadi pagi cari camera...camera hilang panic sekejap takut terbuang maklumlah sekarang ini Mak Peah sangat suka berkemas dan membuang barang dengan sukahati. Takut kalau-kalau saya terbuang pula camera saya...aduhhh. dan sekejap lagi akan bersiap menelaah untuk kelas agama malam nanti...busy sangat kan kan?! LOL!

Alhamdullillah, akhirnya  babah juga yang jumpa camera itu. Anak daranya suka berposing sakan potik gambar lalu tertido dan terletak di sofa di bilik atas manalah saya dapat mengagak akan terjadi peristiwa semacam ini.

Baiklah enuff celoteh bagai!


1/2 of whole chicken saya rebus. Sebelom rebus tanakkan air dulu sehingga ia mendidih masukan minyak bijan about 2 spoonful, hirisan halia, hirisan bawang putih dan serai di titik. Tidak lupa saya masukan kaki-kaki dan juga leher ayam yang mengandungi banyak lemak itu. Garam dan lada sula secukup rasa. Tidak lupa satu stock chicken knorr penambah rasa.

Setelah air rebusan tadi mendidih baru saya masukan Ayam tadi dan rebus di dalam api yang kecil. The reason being is supaya kulit Ayam tidak merekah dan tersiat begitu mudah...apabila ayam di masukan dalam air panas kulitnya akan pejal dan cantik.

Setelah ayam masak saya dengan pantas dan seperti kilat...zooom saya alihkan dan rendamkan ayam rebusan tadi kedalam bekas air sejuk yakni air paip dan biarkan dia di dalam mangkuk. Kenapa ya? Supaya ayam tadi tidak terlalu masak dan isinya akan lembut dan juicy.

Oopps jangan di buang air rebusan tadi...air itulah bahan penting dan bakal menjadi stock pada nasi ayam kita kelak. Oleh kerana saya mengunakan beras bhasmati maka saya memerlukan air yang agak banyak. Maka segala air rebusan tadi saya tanak sehingga agak pekat sedikit dan masukan dalam periok nasi lalu masak. Hanya tambahkan 2 sudu minyak bijan untuk melemakkan nasi anda!

Tamat Siaran..Phewwwww!! penat den...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...