Resepi nasi lemak mudah jerr. Daun pandan di ikat, santan, Mak Peah mengunakan beras Bhasmati kerana ianya sungguh cantik dan muai. Garam secukup rasa dan sesudu minyak bijan agar wangi dan tambah enak rasanya. Tidak lupa Mak Peah juga ada tambah halia sedikit itu optional lah kan...
Heheheheheh ada sahabat baik Mak Peah kata suka benar Mak Peah masak yang melecehkan. Sebenarnya begitulah Mak Peah nih suka memenatkan diri. Mak Peah mempunyai habit tidak boleh masak satu lauk sahaja...mesti ada jerr nak masak lain. Tapi dalam quantity yang sederhana supaya tidak membazir.
Mak Peah seorang yang sangat hyper...itu pasal kali ini banyak entry masakan yang Mak Peah belom sempat update lagi. Hampir setiap hari Mak Peah masak bermacam-macam. So jadinya masakan hari jumaat jadi entry hari Ahad pula. Harap maklum.
Esok-esok kalau Mak Peah dah mula malas...hah makanya Mak Peah baring bersandar jerr tengok citer tamil...hahahahah.
Ingat dah nak buat keras (kerja) tangan, dah lama benar tak sentuh jahit menjahit. InsyaAllah Mak Peah akan usahakan pula blog Mesin Jahit Buruk...satu rumpun dengan kualiburuk nih...so janganlah khuatir.
Dari kita bersembang yang bukan-bukan lebih baik kita berkongsi ilmu. Ilmu dunia maupun ilmu akhirat InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment