Wok The Talk...
-
Kheema nih tersangat simple...memang simple benar. Kalau yang dah pro masak tu memang ini kira chicken feetlah kan. Saya tidak meletak kaca...
-
Urap ada berbagai jenis urap. Ada urap mentah, separuh mentah dan juga di masak sekejap. Saya sangat suka makan urap. Mungkin kerana saya t...
Friday, November 5, 2010
Urap Kelapa dan Taugeh
Urap ada berbagai jenis urap. Ada urap mentah, separuh mentah dan juga di masak sekejap. Saya sangat suka makan urap. Mungkin kerana saya telah di besarkan dengan cara begini makan ulaman dan juga sayuran berUrap.
Sebelom ini saya ada juga buat nasi urap dan urap yang di goreng. Kali ini urap ini sayurannya agak mentah cuma kelapa dan rencah di masak sekejap.
Bahan-bahan tumbuk
2 sudu udang kering di rendam
lada padi ikut sukahati banyaknya
2 ulas bawang kecil
sebatang serai di hiris halus agar mudah di tumbuk
sedikit belacan
sebiji limau kasturi di hiris halus
Bahan campuran
200g Taugeh
beberapa biji jus limau kasturi
1 cawan kelapa parut putih
daun sop daun bawang di hiris
Bahan tumbukan ini saya goreng tanpa minyak sekejap sahaja. selepas itu saya masukan kelapa dan continue sanggar sehingga sedikit kering. Setelah itu di angkat dan di gaul dengan taugeh dan daun sop bawang tadi.
Sungguh cepat dan mudah siap di makan dengan nasi panas...ENAK!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment