Cekalkan hati Mak Peah tumbuk lada padi dalam 8 biji, bawang putih 2 ulas. Dah tumbuk Mak Peah carik petis yang ada petis buah jerr...boleh lah satu sudu besar saya campurkan. Selepas tu Mak Peah letak lah kicap manis 'ABC' sedikit dan air asam dalam 2 sudu besar gitu.
Kebetulan ehemm...terbatuk pulak hihihi....masa raya ituhari ada buat rojak petis...masih ada lagi kacang goreng yang telah di tumbuk instant dalam esbok apalagi siap lah semua Mak Peah bancuh.
Mak Peah test coba try dulu...wahhh menjadilah. Suami Mak Peah sangat suka dia makan 1 1/2 tauhu goreng all by himself, dia bagi Mak Peah separuh tauhu besar tu sahaja. Manakala anak dara Mak Peah pulak ambil satu tauhu besar dan dia makan dengan sungguh-sungguh. Alhamdullillah.
Seperti Biasa Suami Mak Peah akan serentak bersama anak-anaknya membuat sorakan "Thank You Umie!! We love you Umie!!...yeah Mak Peah sungguh happy tak terhingga apabila mendengar laungan tersebut...walaupun di sebut dah beribu kali jua...
Anak bujang Mak Peah dia cerewet sangat...dia makan sambal tahu goreng jerr tauhunya dia tak suka..nanti esok2 ada gepren dan berbini semua pun dia makan...ahazkkkk!!!! cam babah dia...
No comments:
Post a Comment