Wok The Talk...

Showing posts with label Vegetables. Show all posts
Showing posts with label Vegetables. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Sambal Goreng

Ada orang buat Sambal Goreng Pengantin, Sambal goreng kering dan Sambal Godok...

My sambal goreng nih nak cepat dan santai jerlah. Sang suami suka sangat tempe dan tahu begitu jugalah Mak Peah. Entahlah ada keturunan jawa lah kot...suka sangat tauhu, air soya bean, kuih soyabean itu ini semua soya dan soya....


Ramuannya senang jerr hiris bawang besar, bawang putih, halia, serai. lada merah, semua main dihiris sahajerlah...sayur kacang panjang pun di hiris...tahu tempe seperti biasa di potong kecil dan goreng. Sesudu rencah lada kisar dan 2 sudu udang kering tumbuk, kunyit serbuk dan sedikit santan itu pun kalau suka....goreng dan gaul jerlah semua rata-rata masukan garam secukup rasa...masakan lunch memang sesuai semua nak cepat...

Tapi rasanya kami nak kurangkanlah sedikit apabila membaca ada sedikit fakta mengenai pemakanan soya boleh mengurangkan penyuburan kaum wanita? Adakah itu benar?....Alahai Mak Peah dah tua...hampir nak menopause pun subur tak subur takkan Mak Peah nak beranak lagi kan...hahahahahha tak senonohlah Mak Peah nih...hihihihi Mak Peah suka gurau maklumlah hidup nih sekejap sahaja..esok lusa berpulang takdelah sape lagi nak update kuali buruk...nih jerr kenangan yang tinggal ye tak?...

Hari ini agak lethargic sedikit mungkin nak dekat pms....hailah orang pompuan nih kan....penat tau....kene pakai pampers jer...hahahahahahahahahhahaha....tui per!

Wednesday, November 3, 2010

Tauhu Goreng


Tauhu goreng nih kami makan bersama nasi ayam tadi. Tauhu goreng di goreng jerr...tapi sambal tahu goreng nih memang bermacam-macam jenis. Tadi Mak Peah pikiran sekejap nak beli yang dah siap kah atau coba sendiri mana tahu esok lusa boleh bikin lagi sama ini tauhu.

Cekalkan hati Mak Peah tumbuk lada padi dalam 8 biji, bawang putih 2 ulas. Dah tumbuk Mak Peah carik petis yang ada petis buah jerr...boleh lah satu sudu besar saya campurkan. Selepas tu Mak Peah letak lah kicap manis 'ABC' sedikit dan air asam dalam 2 sudu besar gitu.

Kebetulan ehemm...terbatuk pulak hihihi....masa raya ituhari ada buat rojak petis...masih ada lagi kacang goreng yang telah di tumbuk instant dalam esbok apalagi siap lah semua Mak Peah bancuh.

Mak Peah test coba try dulu...wahhh menjadilah. Suami Mak Peah sangat suka dia makan 1 1/2 tauhu goreng all by himself, dia bagi Mak Peah separuh tauhu besar tu sahaja. Manakala anak dara Mak Peah pulak ambil satu tauhu besar dan dia makan dengan sungguh-sungguh. Alhamdullillah.

Seperti Biasa Suami Mak Peah akan serentak bersama anak-anaknya membuat sorakan "Thank You Umie!! We love you Umie!!...yeah Mak Peah sungguh happy tak terhingga apabila mendengar laungan tersebut...walaupun di sebut dah beribu kali jua...

Anak bujang Mak Peah dia cerewet sangat...dia makan sambal tahu goreng jerr tauhunya dia tak suka..nanti esok2 ada gepren dan berbini semua pun dia makan...ahazkkkk!!!! cam babah dia...

Sunday, October 31, 2010

Sayur Oyster Sauce


Jika makan nasi tanpa sayur mana ada bestkan. sayur itu penting dalam mengimbangi diet pemakanan kita. Bukan hanya sayur menjadi santapan harian kami, malah berbagai jenis tauhu juga menjadi kegemaran kami anak beranak lebih-lebih lagi anak bongsu kami.

Masakan di atas ini terlalu mudah. Saya sangat mengemari sayur sawi kecil ini kerana ia sangat segar dan pabila dia masak nampak cantik kehijauan dan enak rasanya.

Bahan-bahannya
sayur sawi kecil
2 tube tauhu lembek
udang di belah belakang
bawang putih
1 sudu oyster sos
salt and pepper
bawang goreng hiasan

Mudah sahaja. sayur janganlah masak terlalu lecur hilang kenikmatannya.

Friday, October 22, 2010

Urap versi Kuali buruk


Urap yang saya buat ini simple jer. Al maklum yang saya makan hanya berdua. Budak-budak mana reti makan urap. Saya buat urap nih ala salad jerr...dan lagi satu selalu urap di makan tanpa memasak. tetapi kerana saya letak udang saya masaklah barang sebentar.

Ramuannya mudah
dua besar sudu udang kering (di rendam)
dua biji bawang kecil
sebiji bawang putih
3-4 biji lada padi
sedikit belacan (optional)
bahan di atas di tumbuk kasar.

100gm taugeh biasa
50gm taugeh cambah
Daun Salad
udang yang di rebus sekejap
bawang goreng sebagai taburan

Saya menumis sekejap sahaja bahan tumbukan dan udang dengan dengan olive oil yang sedikit sahaja. Tidak sampai 5 minutes balik dan hidangkanlah...

Udang kering dan belacan dah masin so saya tidak mengunakan garam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...