Wok The Talk...

Sunday, October 31, 2010

Sayur Oyster Sauce


Jika makan nasi tanpa sayur mana ada bestkan. sayur itu penting dalam mengimbangi diet pemakanan kita. Bukan hanya sayur menjadi santapan harian kami, malah berbagai jenis tauhu juga menjadi kegemaran kami anak beranak lebih-lebih lagi anak bongsu kami.

Masakan di atas ini terlalu mudah. Saya sangat mengemari sayur sawi kecil ini kerana ia sangat segar dan pabila dia masak nampak cantik kehijauan dan enak rasanya.

Bahan-bahannya
sayur sawi kecil
2 tube tauhu lembek
udang di belah belakang
bawang putih
1 sudu oyster sos
salt and pepper
bawang goreng hiasan

Mudah sahaja. sayur janganlah masak terlalu lecur hilang kenikmatannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...