Mulai hari ini saya nak membahasakan diri saya sebagai Mak Peah. Walaupun nama saya bukan Rafeah atau pun Sapiah. Maklumlah saya pun dah tua dan saya suka nama Mak Peah semenjak saya cipta cerita purbawara dulu mengenai kisah cinta Mak Peah dan Sood. Alahai cerita ala komik yang santai saya cipta semasa saya dalam keboringan dulu. Jika saya membacanya semula, memang saya boleh gelihati sendiri. Ramai teman saya suruh saya teruskan...tapi masa kadangkala tidak mengizinkan.
Nanti kalau ada masa dan ketika saya nak olah balik cerita purbawara tersebut dan link kesini. InsyaAllah.
Oklah, today Mak Peah nak bercerita mengenai Lesung Batu pula. Mak Peah tidak berapa sehat menjak jerebu melanda. Sosak napeh, mata berair, hidung selsema dan batuk kong kong kong. Al Maklumlah Mak Peah sejak kecil memang ada semput ala semput! Syukur Alhamdullillah, di waktu terdekat ini penyakit semput jerr yang ada. Nauzubillah.
Lesung Batu Mak Peah nih adalah peninggalan dari arwah Mak Peah. Lesung Batu Mak Peah mempunyai cerita nan tersendiri. Di Lesung Batu inilah arwah abah Mak Peah buat sambal belacan yang sangat best. Lesung Batu inilah juga yang membesar bersama kami adek beradek kerana banyak jasanya dalam masakan ibunda terchenta.
Jika rumah tiada Lesung Batu, tak meriahlah rumahtangga. Sekarang ramai dah pakai blender. Maklumlah zaman sain dan teknologi canggih. Lesung Batu di anggap melecehkan perjalanan hidup dan melambatkan kerja.
Akan tetapi Lesung Batu lah yang bisa membuat masakan menjadi sedap dan enak rasanya. Jika Mak Peah hendak bikin urap atau salad ala thai Lesung Batu memainkan peranan. Manakala jika mengunakan blender, ramuan rencah menjadi tidak berapa cantik kerana blender memerlukan air untuk melumatkan rencah. YA walaupun ada blender kecil yang bisa melakukannya tapi tidaklah sama.
Sedikit fakta mengenai lesung batu dari Wikipedia.
Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak. Ia merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering kali digunakan bagi menumbuk antara lain,sambal belacan.Penggunaannya mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa eletrik. Ia juga boleh dijadikan senjata.Hah memain senjata, ya Mak Peah pernah mengunakan anak batu lesung sebagai senjata apabila sang lipas hendak menyerang Mak Peah. Mak Peah lempar anak lesung batu kearah lipas tadi, lalu dia tidak dapat bergerak malah lumpuh terus dan Mak Peah terus cabut lari minta pertolongan. hehehehhehhehhhe
No comments:
Post a Comment