Wok The Talk...

Sunday, October 17, 2010

Air Rebusan Serai...

Jika anda seorang yang tidak suka membazir wang. Kaedah serupa ini amat berguna untuk menjimatkan wang dan juga berkhasiat lagi bermutu tinggi.

Sekarang ramai orang ingin mengamalkan gaya hidup sehat. Seperti mengunakan bahan-bahan organik dan pemakanan sehat yang tiada berunsur kimia dan pengawetan. Amalan yang baik kita kongsi bersama.



Minum Air Rebusan Serai. Ini adalah amalan orang dedulu dari nenek dan ibu saya. Senang sahaja air rebusan masukan beberapa batang serai yang telah di titik dan masak di api kecil agak lama sedikit dalam 30 minute atau lebih. Apabila air rebusan dan siap tunggu sehingga suam. Bancuhkan bersama madu dan limau nipis atau lemon. Selalunya saya buat lebih sedikit dan di simpan di dalam peti ais yakni keperluan seminggu.

Khasiatnya: Adalah satu minuman yang sangat baik untuk wanita selepas bersalin, pembuangan lemak, pembuangan toxic dan menghindarkan sakit kepala. TERKINI ada fakta menunjukan bawahsahnya minuman air serai atau lemon grass ini dapat menangkis pertumbuhan kanser.

Petikan
Allison Kaplan Sommer April 02, 2006

A drink with as little as one gram of lemon grass contains enough citral to promptcancer cells to commit suicide in the test tube. He also felt a responsibility to know what to tell his customers about its use. 'When I realized what was happening, I picked up the phone and called Dr. Weinstein at Ben-Gurion University , because these people were asking me exactly the best way to consume the citral. He said to put the loose grass in hot water, and drink about eight glasses each day.'

Zabidov is pleased by the findings, not simply because it means business for his farm, but because it might influence his own health. Even before the news of its benefits were demonstrated, he and his family had been drinking lemon grass in hot water for years, 'just because it tastes good.' 

InsyaAllah jika ada masa terluang saya akan kongsi lagi mengenai pemakanan sehat. Yelah kita makan macam-macam hampir setiap hari. Adakala kita kene sulami dengan kaedah seperti ini untuk menghilangkan toxic di dalam badan sebelom timbul kemudaratan. Semoga kita perolehi kesejahteraan dalam hidup. Amin.

1 comment:

  1. saya baru mula minum air serai ni, saya guna produk citralife kerana lebih praktikal, mudah bagi pesakit kanser menyediakan dan ekonomi. sebelum ni saya minum air serai yang dibuat sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...