Wok The Talk...

Sunday, October 31, 2010

Ikan Cencaru Sumbat


Ikan cencaru sumbat ini adalah makanan kegemaran suami saya. Suami saya sangat prihatin tentang permakanannya. Beliau tidaklah cerewet tapi beliau ingin memastikan bahawahsanya makanan yang masuk ke dalam rongga badan kita seharusnya makanan yang tidak tercemar dari segi ke'halal'annya dan juga kebaikannya.

Pada mulanya saya rasa payah untuk mengikuti cara pemakanannya. Tapi setelah berkahwin lebih 17 tahun. Saya pun mula terikut cara peradaban bila makan bersamanya. Satu lagi suami saya amat jarang makan bertambah. Dari itu saya sudah tahu sukatan makannya. Seperti ikan cencaru sumbat ini seekor besar cukup buat kami anak beranak. Anak-anak Mak Peah pun sudah terbiasa tidak makan bertambah sepinggan nasi sedikit lauk-pauk sudah memadai dan kami panjatkan syukur.

Cuma kami tidak ulangi lauk pauk makan pagi dan petang. Mak Peah akan masak lain untuk breakfast, lunch dan dinner. Sudah menjadi kebiasaan kami makan makanan yang hanya di masak apabila hendak makan. Dan kami tidak menyimpan makanan keesokan harinya.

Sebagai ibu yang telah sedia maklum, sukatan dalam pemakanan Mak Peah semuanya dalam sukatan kecil sahaja, agar tidak membazir.

Rencah Ikan Sumbat
3 batang lada merah
beberapa biji lada padi ikut suka hati
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
sedikit belacan
2 biji limau kasturi
garam gula secukup rasa
semua bahan ini di blender halus

Senang sahaja, ikan cencaru di basuh bersih di belah belakangnya di dua bahagia atas dan bawah. Sumbatkan bahan tadi sehingga mampat. Sedikit minyak panas di kuali dan masukan ikan cencaru tadi lalu di tutup. Kenapa di tutup? Supaya moisture ikan tadi dapat di kawal dan ianya akan bertambah juicy....

Perahan lemon untuk ikan adalah disyorkan kerana menambah enak mentelah tomato ceri buat ulaman....mensyiurrkan dan melazatkan.

Sekian terimakseh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...