Anda adalah apa yang anda makan Waspadalah! DANGER!
Jikalau kita sayang diri kita, anak-anak serta suami kita janganlah kita bikin anak kita macam gambar di atas ini. Kasihankan.
Ibu memainkan peranan penting dalam membina minda, disiplin, mendidik dan juga menyediakan bekalan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak.
Anak-anak mengikut apa sahaja orang tua makan. Mereka menurut...esok lusa kembang semangkuk cam belonkan susah. Salah seorang student saya dalam usia 15 tahun telah mengalami stroke kerana berat badan dan pemakanan yang kurang sehat. High cholestrol yang sangat tinggi dan mengalami diabetes. Terlalu muda untuk menghadapi itu semua.
Bak kata Arwah mak saya biar mereka menangis jangan mak bapak menangis.
Makan tu berpada-padalah...nak makan silakan tiada siapa yang larang. Tapi agak-agaklah kan.
Rasulullah SAW bersabda; “Tidak akan bergeser dua telapak kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai dia ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang umurnya kemana dihabiskannya, tentang ilmunya bagaimana dia mengamalkannya, tentang hartanya; dari mana diperolehnya dan ke mana dibelanjakannya, serta tentang tubuhnya untuk apa digunakannya”. (HR at-Tirmidzi (no. 2417), ad-Daarimi (no. 537), dan Abu Ya’la (no. 7434), dishahihkan oleh at-Tirmidzi.)Ada yang suka salahkan keturunan. Keturunan tidak bersalah yang salah empunyan diri sendiri. So sebelom terlambat berusahalah jauhi dari menghadapi saat sukar. Bertangung jawab ke atas diri anda dan juga keluarga anda yang di kasihi.
Sekian
Hari nih saya masak ikan bakar dan air asam serta sayur rebus untuk somi terchenta...bende tu semua tak memerlukan resepi harap maklum...hihihihihi
Pot pet pot pet jang lupa exercise taiji ke loktang ke asal exercise YEAY!
No comments:
Post a Comment