Wok The Talk...

Sunday, October 31, 2010

Udang Geragau Goreng


Susah nak dapat udang geragau di pasar rumah saya. So selepas sholat subuh dan anak-anak ke sekolah saya menuju terus ke pasar basah yang berdekatan hanya 7 minute walking distant sahaja. Alhamdullillah semua barangan pasar segar dan banyak pilihan di pagi hari.

Tujuan utama ke pasar kerana mencari ketam untuk di masak lemak atas permintaan anak-anak saya. Tapi rezeki menyebelahi saya terdapat sepinggang penuh udang geragau di jual sama. Saya hanya membeli 2 dollar sahaja cukuplah untuk makan sekali waktu lunch.

Bahan-bahannya
200g udang geragau segar
2 sudu tepong jagung
1 sudu tepung beras
sedikit kunyit
sebiji telur
garam dan lada sula secukup rasa
1 biji lada merah di cincang

Gaul semua bahan tadi dan siap untuk di goreng. Enak di makan begitu sahaja maupun berulam nasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...