Buat pengetahuan umum ini bukan gambar saya ini gambar wanita thai, harap maklum...hihihi
Memang kelakar dari seorang programmer dan designer saya boleh bercambah....kelakar seram hobi saya nih...
Masa itu hampir 90% pelanggan saya adalah tukang massage from thailand. Apabila mereka dengar saya boleh mengurut ala Swiss and Shiatsu mereka spread the news. Orang thailand ini sangat baik hati dan juga pemurah. Mereka jika datang, selalunya mereka hendak urutan special bukan hanya Swiss and Shaitsu malah inginkan urutan traditional juga. Alhamdullillah nenek saya adalah seorang tukang urut traditional semasa hayatnya.
Tukang urut traditional kata nenek bukan boleh belajar macam baca buku tapi ia terjadi secara semulajadi. Walluallam, terus terang tapi ada saya belajar juga dengan Mak Haji di melaka cara mengurut orang selepas bersalin itu pun Mak haji yang pujuk saya katanya saya mempunyai skill tersendiri....hahahaha skill power ranger agaknya.
Tetapi sehingga sekarang pun saya tidak pernah praktiskan...saya hanya mengurut saudara wanita dan teman terdekat untuk sakit-sakit badan biasa sahaja.
Well, enough said about myself!
Berbalik pada orang thai ini, mereka suka di urut sebelah pagi dan selama 2 hingga 3 jam lamanya. Agak lumayan juga bayarannya. Tapi oleh kerana saya nih cepat bosan maka saya stop. Hahahahahahah tulah saya. Tapi kekadang mereka pujuk juga minta urut. Untuk menjadi messeuse full time saya rasa tidaklah sebab penat tau...berpeloh-peloh nanti saya terbontang kejung. Kebetulan jiran baik saya sebelah rumah juga adalah seorang wanita Thai berkahwin dengan seorang berbangsa china.
So dari kehadiran merekalah saya mendapat banyak petua wanita Thai yang mempunyai kulit yang sangat halus dan mulus. Mereka suka makan makanan yang berkukus dan masam-masam. Hampir 99% wanita thai yang saya kenali, lansing dan mempunyai kulit yang halus cantik walaupun telah berusia.
Makanan
Mereka selalu berbual dengan saya tentang pemakanan mereka. Makanan harian mereka adalah nasi pulut yang di kukus biasa, di makan bersama ikan rebus serta sayuran herba, bercili api dan tidak pernah lekang dengan perahan limau purut atau kasturi. Mereka amat jarang makan makanan yang di BBQ dan juga daging. Jika mereka makan daging mereka masak bersoup ataupun daging di rebus juga.
Minuman
Apabila mereka bertandang selepas urutan saya selalu memberi mereka minuman rebusan serai berserta madu dengan perahan limau kasturi. Mereka sangat terkejut kerana serai juga adalah minuman harian mereka. Cuma cara mereka berlainan sedikit. Serai tidak di rebus tapi mereka blender serai dan perah limau purut thai tersebut dan minum setelah di tapis lalu di campur dengan air suam.
Penjagaan kulit
Manakala penjagaan kulit badan. Mereka ajarkan bagaimana kita boleh mengunakan bahan-bahan dapur untuk menjadikan ia sebagai body scrub. Seperti campuran garam dan gula bersama minyak masak di gaul lalu di lumur ke seluruh kulit di badan sebagai kaedah body scrub. Saya dah cuba memang halus kulit tapi kenelah rajin. Waktu saya belajar kaedah Spa swiss pun kami gunakan sea salt dan minyak aromatherapy tapi agak mahallah...now cara yang paling baik adalah gunakan kaedah orang thai nih murah dan jimat....(hehehehehe btw kalau tambah kunyit dah boleh goreng...jadi ikan goreng...LOL)
Penjagaan Muka
Kaedah mereka sama seperti orang keturunan jawa... saya pun orang jawa bugis. Muka hanya di scrub mengunakan gula dan madu serta beberapa titik perahan lemon atau kasturi dan juga berfungsi sebagai masker yaitu dua kali seminggu...kulit menua seperti saya memang sesuai sangat tanpa chemical dan bahan pengawet.
Baiklah sekian saya dah penat menulis dan merecalled kembali semua yang saya ingat...di lain masa saya tulis lagi...salam sayang salam teristimewa!
suka laa petua2 ni.... tq kak mok...
ReplyDeletealhamdullillah sama2 kita ya Aeini....
ReplyDelete