Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Monday, October 11, 2010
Kepala Lutut Kambing Masak Merah...
Banyak saya ambek resepi dari sorang perseorangan. Saya coba saya try. Terimakaseh kepada kekawan yang dengan iklhas dan bermurah hati bagi resepi kat saya.
Seperti biasa saya akan menokok tambah...maka jadilah resepi ini.
SEDAP ke? Somi saya kata sedap mungkin dia takut dengan saya. HAHAHAHA!
Takpelahkan resepi ini adalah pertama kali saya masak banyak sampai 6 kilo. Selalu sekilo jerr so sesape bolehlah adjust apa-apa yang patut ya.
4 biji bawang besar
5 biji bwang kecil
6 ulas bawang putih
3 inchi halia
semangkuk kecil udang kering ( semua di atas di belnder halus
5 sudu besar rempah kurma
segengam cili kering di kisar
cinnamon stick and all tu dlm sepeket jerr (maaf saya lupa apa naa mende ala tu)
6 kilo kepala lutut kambing (tulang dah)
1 botol kecil Tomato Sos
1 botol kecil Chili Sos jenama maggie
Garam dan sebuk lada sula secukup rasa
Minyak untuk menumis semua bahan tersebut sampai wangi.
Terlebih dahulu rebuslah kepala lutut kambing tu dengan sempurna. Mak saya ajar nak lembut masukan satu sudu besi jgn pulak pelastik aniaya tau. Saya rebus selama 3-4 jam. Airnya jangan lah buang boleh buat mandi...hahahahha tak lah bikin sama itu soup lahkan...hehehhe
Dah tumis semua bahan di atas sehingga cantik menawan barulah masukan tulang menulang dan air rebusan tulang tersebut masak di atas api yang kecil selama sejam sehingga kuahnya pekat dan ianya larut serta sebati.
Lepas tu boleh pakai apron dan kokang sama itu kepala lutut kambing OUCH!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ohhh kak mok.. adeiiiii
ReplyDeleteudah ada resepinya cobalah Aeini sayang!...
ReplyDelete