Secara khusus daun bunga raya adalah ubat buat sesiapa yang meminatinya. Saya memang mempunyai alergy dan asthma. Kerana asthma dan eczema selalu bertali arus. Maka air ramasan daun bunga raya bisa jadi air mandian sekaligus untuk rambut.
Ibu dan nenek saya selalu mengamalkan sapuan lendir dari ramasan daun bunga raya untuk rambut. Di kata dapat melebatkan dan juga tidak mudah beruban. Malah ia mempunyai cooling effect apabila di sapu ke kulit kepala.
Semasa saya remaja, kami menetap di estet perumahan dua tingkat. Di depan rumah kami memang terdapat banyak pokok bunga raya. So mudah kami mendapatkannya.
Bila saya kata daun bunga raya itu ubat saya (atas keizinan Allah swt), memang tenyata banyak kegunaannya.
Apabila saya demam. Emak saya selalu meramas bunga daun raya bersama beberapa ulas bawang kecil, secawan air dan ketulan lada hitam. Ramasan itu di jaram ke kepala saya. Ia bisa mengurangkan panas demam.
Bila ketumbuhan bisul. Maklumlah waktu saya kecil selalu timbul bisul di mana-mana especially di montot hahahahahha...daun bunga raya ini akan di tumbuk halus dan di pupuk di bisul tersebut. Maka bisul itu akan ranum dan melatop tanpa meninggalkan bekas.
Tahukah anda? Daun bunga raya juga boleh berfungsi sebagai masker buat kulit wajah anda....ada berani mencoba?...hehehehhe
Dan daun bunga raya juga boleh di rebus dan air rebusannya boleh di minum untuk mengubati asthma.
Sekarang mana mau carik itu daun bunga raya dahhhhh....kalau dapat pun kita nak petik kene hati-hati silap haribulan kami di tangkap dan kene denda dengan gomen!...hailah...
p.s. i luv ya : Oleh kerana saya busy bekerja beberapa minggu ini, tiada lah lauk pauk istimewa. di subuh hari saya dah masak ala kadar untuk seisi keluarga buat santapan sehingga ke dinner harap maklum. Nanti coti sekolah bolehlah saya masak yang enak-enak ya...
No comments:
Post a Comment