Bahan-bahannya
300g hati lembu atau kambing (direbus terlebih dahulu lalu di potong kecil)
bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
halia di hiris
lada merah di hiris
setengah sudu kecil serbuk jintan ketumbar (di tumbuk)
sebatang kecil kayu manis
2 sudu besar rempah kari adabi
1 sudu kecil lada kisar
1 sudu kicap manis
air asam setengah cawan
garam secukup rasa
Tumis bawang besar dan putih serta kayu manis sebentar. Masukan jintan dan ketumbar yang telah di tumbuk halus. Sangar sehingga wangi lalu masukan lada kisar dan serbuk kari di tumis. Masukan hati yang telah di rebus dan di potong gaul rata bersama bahan selanjutnya. masukan air asam setengah cawan. Masak sehingga kering dan boleh di hidangkan....AMIN.
Kelebihan dan Kekurangan Memakan Hati
“Dihalalkan untuk kita (umat Islam) dua jenis bangkai dan dua jenis darah, adapun dua jenis bangkai itu ialah ikan dan belalang, manakala dua jenis darah itu ialah hati dan limpa.” (Hadith riwayat Ahmad 2/97, dan Ibn Majah, Kitab al-At’imah, bab al-Kabid wa al-Tihal)Dari hadis ini – Hati adalah salah satu benda halal yang dibenarkan di dalam islam.
Akan tetapi tidak di benarkan memakannya lebih dari seminggu sekali. Kerana kemudaratan bisa terjadi yaitu penyakit tulang reput yakni osteoperosis. Ibu-ibu mengandung pun di nasihati jangan banyak makan hati kerana kandung kadar tinggi vitamin A. Secara khusus makanlah secara sederhana. sebulan dua kali atau paling kerap pun seminggu sekali sahaja.
Itulah ada perumpamaan yang membagaikan keluhan resah hati yaitu 'Makan Hati'. Nak kurus makanlah hati...heheheh tulang pun boleh reput....gurau jer.
Pemakanan yang baik menjadikan kita apa seadanya...jika kita makan sembarangan, kita bakal merosakan diri kita sendiri. Dari itu pilihlah makanan yang bersesuaian dengan keadaan dan telah di beri guideline secara terperinchi dalam islam mengenai pemakanan yang sehat. InsyaALLAH.
baru jerr masak camni semalam...
ReplyDeleteyeke Aeini...mommi dulu tka makan hati menjak doktor pujuk rayu terpaksa makan juga...dah tu minat gila pulak bila rujuk panduan takleh makan byk sgt...heheheheh
ReplyDelete