Wok The Talk...

Thursday, October 28, 2010

Kaki Ayam berhalloweeen!...


Tidak semua orang berminat dengan kaki ayam. Ada orang geli-geleman, Tapi orang-orang tionghua amat meminati kaki ayam.

Sejak kecil jika emak masak ayam, kaki-kaki ayam nih khas buat Mak Peah kerana saya sorang sahaja yang suka makan kaki ayam. Hingga kini di rumah Mak Peah seorang sahaja yang makan kaki ayam. Somi saya kata Mak Peah nih pelik. Apa yang pelik bukan saya seorang ada beberapa sahabat saya pun suka kaki ayam yang syiok!

Esok-esok kalau sesapa bela ayam berhati-hatilah saya bakal mencurik kaki ayam tersebut...kah kah kah...

Oklah...kaki ayam ini jika di masak ala dimsum mmg agak leceh sedikit tapi sungguh best. Pertama saya kukus kaki ayam ini. Dah empuk saya sejukan dan gaul dengan beberapa bahan seperti oyster sos, lada hitam, lada putih serbuk, sweet black sos dan garam secukup rasa. Setelah itu saya perap semalaman.

Esoknya saya goreng. AWAS! Ia akan melatop-latop tapi apabila di makan sungguh enak sekali!

2 comments:

  1. wahh mmg cam haloweenn. kuku dia masih adakah itu... ? sup kaki ayam n kaki ayam goreng sedap juga..

    ReplyDelete
  2. ada kuku yang sengaja tidak di cepit buang kerana ingin membuat kejutan LOL....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...