Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Sunday, October 24, 2010
Geylang Serai
Hujan-hujan begini teringat saya waktu saya kecil dahulu. Allahyarhamah Emak saya mengajak saya ke Geylang Serai untuk menghadiri jemputan atau kenduri kahwin. Teringat waktu itu kami menaiki bas sehingga di satu kawawsan berdekatan kami menaiki Beca (Trishaw) pula. Di kiri kanan jalan di penuhi rumah-rumah kampung dan keadaan jalanraya yang berliku dan tidak rata menjadikan kami sakit bontot di buatnya....motion sickness pun ada..hahaha
Bersimpang-siur jalan dan berbengal-bengil beca di kayuh oleh Apek yang gagah lagi perkasa. Ketika itu cuaca agak mendung menunjukkan hari hampir hendak hujan. Saya masih ingat lagi saya telah di pakaikan gaun merah berlabuci yg di jahit khas oleh arwah emak saya. Dan seingat sayalah, saya masih belom bersekolah, tapi ingatan terhadap peristiwa tersebut masih segar hingga kini.
Cuma saya tidak berapa ingat kenapa abah saya tidak ikut serta mungkin abah saya di kerah berkerja kerana abah saya seorang sojar dalam bahagian medic. Emak membawa saya bersama Cik Nah jiran dan anaknya sahabat baik emak saya. Cik Nah membawa anak lelakinya yaitu Abg Sapit yang sudah agak besar dalam linkungan 9 tahun begitu.
Rasanya agak sukar apek nak angkut kami seramai empat orang...terjungkat-jungkit apek mengayuh sambil terangkat-angkat pinggulnya.
Dalam perjalanan, tetiba berdentum guruh di langit dan kilat sabung-menyabung di turuti hujan turun dengan lebatnya. Apek berhenti seketika dan bungkus beca yang kami duduki dengan pelastik. Saya di pangkuan emak di pelok dan ditutupi cuping telinga. Serta-merta hujan turun mencurah dengan lebatnya.
Tetiba apek terpekik...'Bah!..sula Bah!"...kami lihat air bah tetiba menyerang kilat. Di kiri dan kanan terapung barangan orang kampung.
Apek suruh emak saya duduk di dalam beca kerana katanya saya masih kecil. Tetiba air naik dengan derasnya sehingga mencecah lutut emak saya. Emak berteriak ketakutan begitu juga cik Nah dan abang Sapit. Tapi yang agak kelakar dan pelik kami masih terus duduk di dalam beca. Apek pun tidak menyuruh kami turun malah katanya "Lu duduk dalam diam-diam..wah jaga ini beca!"
Cik Nah berteriak "Periok lauk hanyut!" sambil menunding periuk-periuk dan dulang-dulang di bawa arus bah. "Abishlah kita tak dapat makan nasi minyak!" keluh Abg Sapit.
Dalam keadaan yang kalut kami sempat ketawa. Agak lama kami tersadai sehingga hujan reda begitu juga banjir kilat yang melanda surut jua. Kami pun pergi ke rumah orang yang membuat majlis kahwin tersebut. Ada terdapat beberapa orang menangis kerana lauk-pauk dan juga hindangan sudah hanyut di bawah bah (banjir).
Kami pun pulang hampa dengan menaiki bas tanpa makan, mentelah sejuk renyam dek hujan yang membasahi seluruh tubuh dan pakaian luar maupun dalaman lencun di buatnya. Sepanjang perjalanan pulang menaiki bas saya tidur. Bila sampai di stesen bas saya dapati abah saya menunggu dengan payung yang besar dengan segera beliau capai saya dan bungkus dengan tuala. Arwah Abah bising bebel-bebel dengan emak. Emak hanya diam membatu.
Esoknya saya demam panas, saya ingat emak nangis tengok saya demam dan abah tidak pergi kerja kerana bawa saya ke klinik.
...tetiba teringat arwah emak dan arwah abah, sedih pula hati saya mengenang jasa dan kasih sayang mereka. Al Fatihah buat emak dan abah.
SOSEK-SOSEK Saya nih tulis entry kali ini seperti membuat karangan pula....hahahahahhahahahahahha selamat berhujung minggu semua wahai teman!....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment