Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Monday, October 25, 2010
Belasungkawa
Seorang ibu tua telah berpulangan semalam. Walaupun beliau adalah ibu mertua kepada kakak ipar Mak Peah. Mak Peah terasa kehilangannya. Kami menetap bersebelahan blok. Terbayang di mata bila mana setiap pagi Allayarhamah menyusuri jalan ke pasar.
Jika bertembung kami berjalan berpimpingan tangan dan berpelokan mesra serta di selangi ciuman di kedua belah pipi nan mekar. Sesekian lama saya memangil beliau emak. Seorang ibu yang sangat lemah lembut, penyayang serta berpekerti mulia.
Apabila di khabarkan permergiannya. Terasa terkedu sebentar. Seakan kurang percaya. Bergegas selesai menunaikan kewajipan magribh Mak Peah dan Pak Sood segera melangkah kaki kerumah anak beliau. Suasana murung menyelubungi hampir setiap sudut dan cerok. Kedengaran isakan tangis serta berpelokkan tanda dukacita di atas pemergian. Surah-surah berkumandang lunak di sulami bisikan bacaan yasin mengiringi kesedihan.
Mak Peah cuba untuk tidak menitiskan airmata. Suasana bagaikan dejavu mengimbas detik kepulangan abadi ibunda terchenta yang di kasihi. Tanpa di sedari airmata meleleh membasahi pipi. Sebak dada menahan cungapan nafas. Hati terlalu rawa menangung kesedihan.
Di malamnya di adakan bacaan yassin beramai-ramai. Mujur ada apps AL Quran di hp Mak Peah tidak lah Mak Peah berebut mencapai naskah kecil yang tidak mencukupi itu. Setelah selesai tahlil Mak Peah menuju ke bilik untuk mengucapkan selamat keatas jenazah. Lelehan airmata sukar di bedung. Mak Peah seorang yang tidak mudah menahan hiba. Ku sekah lelehan airmata dari jatuh ke atas jenazah.
Ku cium pipi ibu, kiri dan kanan wangi dan sejuk kaku tiada lagi bernyawa. Berkata di hati kecil, Saat ku bakal menyusul. Tatkala itu berdetik hati ini dengan soalan bertubi, apabila tiba saat ku nanti adakah kelak ada pengunjung yg bakal datang bersedekah untukku?
Hidup terlalu rapuh, tiba saat kita akan meninggalkan segalanya. Anak, suami dan harta. Tiada yang akan mengikuti kita bersama melainkan amalan kita. Saya telah lama membuang perasaan benci sesama manusia apatah lagi bermusuhan. Moga hidup di permudahkan dengan perjalanan yang baik dan di redhai....amin.
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment