Wok The Talk...

Saturday, October 23, 2010

Acar Buah


Ada orang panggil acar orang kawin kerana terdapat di majlis kenduri kawin. Sememangnya mesti ada acar nih. Dedulu arwah ibu Mak Peah akan kukus limau selama berjam-jam lamanya maklumlah di buat sendiri orang dedulu tidak suka mengunakan dried fruits. Mereka geli buatan cina katanya.

Tapi sekarang dah canggih. Semua nak cepat dan pantas.

Sekarang dried fruits tidaklah sekotor pembikinan seperti dahulu. So boleh lah kita gunakan dengan rasa gumbira.

Acar Mak Peah mengunakan sebiji kulit lemon yang telah di peram bersama cuka dan gula buat beberapa minggu (Mak Peah jika masak makanan western akan mengunakan lemon, so selalunya kulit lemon Mak Peah tidak pernah buang malah simpan untuk di jadikan jeruk acar ini). Mak Peah masak dahulu kulit lemon yang di potong nipis itu dan di rebus bersama air cuka dan gula...agak2 dah agak lembut Mak Peah simpan di dalam botol dan di letak di esbok untuk beberapa minggu. Semua bahan di bawah ini hanya dapat sebotol kecil atau setupperware kecil sahaja. Cukuplah di buat santapan kami suami isteri untuk beberapa seketika.

Bahan lainnya
5 ulas bawang kecil (belah2)
5 ulad bawang putih (belah2)
halia di hiris seperti batang mancis
Dried kismis
Dried apricot
Dried berries
Kurma
beberapa biji lada padi hijau dan merah
satu sudu lada kisar
seketul kecil gula melaka
Sedikit cuka
2 sudu besar rempah kari
kayu manis
minyak bijan untuk menumis
Air satu cawan atau lebih ikut sendiri
garam, gula dan lada hitam secukup rasa

Kesemua bahan tadi jika terlalu besar boleh lah di hiris ikut sukahati. Tumis lada kisar, kari sehingga wangi. Masukkan semua bawang halia dan kayu manis tumis lagi. Apabila sudah cantik dan wangi lalu masukan air, cuka dan gula melaka masak seketika. Setelah itu masukan buahan kering tadi dan masak di api yang kecil sehingga cantik dan larut. Selalunya saya masukan Kurma last kerana saya tidak suka kurma terlalu hancur atau benyek.

Sekian takyah tunggu majlis orang kawin pun kita dah boleh makan acar! YEAY!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...